Selepas tujuh tahun terpisah, cinta sepasang kekasih bertaut kembali, disambut tragedi di Kulim, Kedah

Jangan pisahkan.. aku dan dia🎵🎵

Sejurus mendengar berita itu, Ahli Fikir Dari Kulim sejuk tangan dalam poket

Ini bukanlah berita terbaharu. Tetapi, tidaklah lama sangat. Ia berlaku lebih kurang tiga bulan yang lalu, dipetik dan diadaptasi dari sebuah laporan berita siaran Sinar Harian bertarikh 16 Mac 2025.

Cerita bermula dengan kehancuran hati seorang suami melihat isterinya tergamak melakukan perbuatan keji bersama lelaki lain di sebuah bilik hotel di Lunas di Kulim, Kedah dalam bulan Mac lalu.

Lelaki berusia 30-an yang menetap di Pahang itu nekad mahu menjejaki isterinya juga berusia 30-an sehingga ke Kedah selepas curiga dengan tindakan wanita itu.

Sebelum itu, isterinya dikatakan terlebih dahulu datang ke Kedah dengan alasan mahu bertemu sepupu.

Bagaimanapun, lelaki terbabit mengesyaki sesuatu mencurigakan setelah mengesan kedudukan isterinya tidak pulang ke rumah sepupu di Kulim, selepas ke kedai dobi.

Dia kemudian menjejaki isterinya sehingga ke Kedah bagi menyiasat perkara itu.

Bagaimanapun, setelah tiba di lokasi yang dituju, dia terkejut apabila mendapati isterinya berada dalam sebuah bilik hotel bersama lelaki lain.

Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah Kulim (PADK), Encik Anwar Sharifudin Mat Saad berkata, pihaknya menerima panggilan daripada suami wanita itu pada jam kira-kira 3.40 pagi.

"Suaminya datang dari Pahang 'trace location' isteri dan buat tangkapan... kemudian hubungi PADK,"katanya.

Difahamkan, mereka mengenali antara satu sama lain tujuh tahun lalu sebelum terputus hubungan setelah wanita itu berkahwin, namun baru-baru ini berhubung kembali setelah diberikan nombor telefon oleh sepupunya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 25 (a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah (EKJSK) 2014 kerana disyaki berkhalwat.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Adaptasi oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Kwai Fong Chin 


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG   

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim