Selamatkan institusi atau selamatkan individu yang memegang jawatan PM?

Kita teruskan pelajaran mengenai undang-undang. Kali ini mengenai stay. Dan, sambil-sambil itu bercakap juga mengenai institusi perdana menteri.

Stay adalah proses mahkamah yang dalam bahasa Inggeris ditakrifkan sebagai court order that suspends or postpones a legal proceeding or the enforcement of a prior order.

Diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu ia bermaksud "perintah mahkamah menggantung atau menangguhkan perbicaraan atau penguatkuasaan perintah sebelumnya".

Inilah langkah terbaru Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, dalam kes sivil yang dibawa oleh bekas pegawai penyelidik beliau, Muhammed Yusoff Rawther.

Media massa melaporkan yang pada Selasa, 10 Jun ini, Mahkamah Rayuan akan mendengar permohonan Anwar bagi mendapatkan penangguhan sementara (interim stay).

Penangguhan sementara ini diminta atas alasan menunggu keputusan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan bersabit penolakan Mahkamah Tinggi terhadap rayuannya untuk mengemukakan lapan persoalan undang-undang, termasuk kekebalan perdana menteri daripada saman sivil, kepada Mahkamah Persekutuan.

Permohonan dan rayuan oleh pasukan pembelaan Anwar ini menjadi bertambah rancak dengan semakin hampirnya hari perbicaraan pada 16 Jun ini.

Permohonan, rayuan, rujukan perlembagaan dan bantahan adalah kaedah biasa bagi melengah-lengahkan perbicaraan. Selalunya, yang kena samanlah yang kerap menggunakan taktik ini.

Dalam percubaan mempertahankan Perdana Menteri di mahkamah pendapat umum (court of public opinion), seorang operatif komunikasi kerajaan, Ismail Yusop, telah menulis sepucuk surat kepada akhbar Sinar Harian yang, antara lain, mendakwa tindakan saman sivil boleh menyebabkan institusi perdana menteri roboh, kepemimpinan negara tumbang dan negara runtuh.

Surat yang diberi tajuk "Antara serangan peribadi dan kedaulatan institusi PM" boleh dibaca di dalam arkib berita akhbar itu.

Itu pendapat dialah. Dalam sejarah negara kita, perdana menteri telah banyak kali dicabar, termasuk di mahkamah. Yang jatuh pun ada tetapi institusi perdana menteri selamat dan negara tidak runtuh.

Misalnya, Dr Mahathir Mohamad pernah dicabar dalam saman sivil oleh penyokong-penyokong Tengku Razaleigh Hamzah sehingga Umno diharamkan pada tahun 1988. Kemudian pada tahun 2020 beliau digulingkan oleh Muhyiddin Mohd Yassin dan Muhyiddin pula digulingkan oleh Ismail Sabri Yaakob.

Perdana menteri datang dan pergi, naik dan jatuh tetapi institusi yang mereka ketuai, kekal.

Institusi perdana menteri kekal kerana ia dijamin oleh Perlembagaan dan para penyandangnya pula tidak membawa keaiban yang melampau terhadap jawatan itu.

Semua yang jatuh sebelum ini adalah kerana gerakan politik, termasuklah Najib Razak. Beliau kemudian dipenjarakan kerana perbuatan jenayah.

Jadi, kalau ada kebimbangan seperti yang disebutkan oleh Ismail itu, ia mungkin kerana kes yang melibatkan Anwar berbentuk peribadi iaitu dakwaan salah laku seksual.

Harap-harap apa yang sedang berlaku sekarang tidaklah menyebabkan institusi perdana menteri menjadi hina. Sejarah memaklumkan yang jawatan Perdana Menteri telah dihapuskan di Indonesia, Brazil, Iran, Filipina dan Turkiye.

Kesimpulannya, apa juga institusi pemerintahan akan kukuh dan dihormati jika penerajunya bermaruah, berintegriti dan cekap. Sebaliknya ia akan dikeji dan dicurigai jika penerajunya membuat kerja yang menjatuhkan maruah dan integriti.


Sebuah artikel hasil tulisan Datuk A KADIR JASIN, bekas ketua pengarang kumpulan NSTP (M) Bhd dan pernah menjadi penasihat media kepada perdana menteri.

Tulisan ini asalnya disiarkan di media sosial dengan tajuk ‘Integriti institusi di tangan peneraju’. Juga disiarkan oleh beberapa portal berita tempatan.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Dimuat naik oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Kwai Fong Chin 


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG   

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim