Polis siasat aduan kerabat diraja Pahang didakwa tikam orang di kelab malam

Artikel ini disiarkan selepas ditapis Lembaga Sidang Pengarang Permadu Malaysia atas faktor peraturan larangan 3R

Media-media tertentu melaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan terhadap seorang kerabat diraja Pahang yang didakwa menikam seorang lelaki di sebuah kelab malam di Kuantan bulan lalu.

Memetik  laporan polis bertarikh 5 Jun yang tular di media sosial, Malaysiakini berkata kejadian berlaku pada awal pagi 8 Mei di sebuah kelab malam di ibu negeri Pahang itu.

Pengadu yang berusia 30 tahun mendakwa dia diajak oleh rakannya untuk ke kelab malam tersebut susulan satu kejadian terdahulu di sebuah pusat hiburan lain, di mana dia dikatakan melanggar kerabat diraja berkenaan sebanyak dua kali.

Setibanya di kelab malam kedua bersama adik lelaki dan saudaranya, pengadu mendakwa seorang lelaki yang dipercayai pembantu kepada kerabat diraja itu bertanyakan bagaimana dia mahu menyelesaikan perkara tersebut.

Tak mahu arak percuma, tapi minta angpau lalu pengadu serah RM1,200 seperti diminta

Setelah tawaran membelanja bir kepada kerabat itu ditolak, pembantu kerabat tersebut didakwa mencadangkan supaya pengadu memberi “angpau” kepada kerabat tersebut.

Pengadu kemudiannya menyerahkan wang tunai berjumlah RM1,200.

Bagaimanapun, pembantu kerabat itu dikatakan menyuruh pengadu memohon maaf secara terus kepada kerabat diraja berkenaan, sebelum mangsa, saudaranya dan seorang kakitangan kelab dibawa ke sebuah bilik karaoke di tingkat dua untuk bersemuka dengan kerabat tersebut.

Pengadu berkata kerabat tersebut memarahinya kerana melanggarnya dan bertanya sama ada dia mabuk atau tidak.

Memukul kepala pengadu dengan jug minuman kaca

Menurutnya, kerabat diraja itu kemudian mempelawanya duduk di sofa dan memberi isyarat kepada pengawal peribadinya, yang kemudian memukul kepala pengadu dengan jug minuman kaca.

Kerabat didakwa guna pisau lipat tikam punggung mangsa, macam zaman Sultan Mahmud mangkat dijulang

Kerabat tersebut juga didakwa mengeluarkan sebilah pisau lipat dan menikam mangsa di bahagian punggung, sebelum kakitangan kelab menghalangnya dan pengawal peribadinya.

Mangsa mendakwa dia mengalami kecederaan teruk dan kehilangan banyak darah akibat tikaman dan terkena libasan pisau, sebelum dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Ketika dihubungi, Ketua Polis Daerah Kuantan, Encik Wan Mohd Zahari Wan Busu mengesahkan menerima laporan berkenaan dan memaklumkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata berbahaya.

Dah tangkap tapi tak jelas sama ada kerabat turut ditangkap

Dia turut memaklumkan kepada portal berkenaan bahawa tangkapan telah dibuat bagi membantu siasatan kes tersebut.

Bagaimanapun, Wan Mohd Zahari enggan mengesahkan sama ada kerabat diraja yang disebut dalam laporan itu merupakan individu yang ditahan, sebaliknya hanya menyatakan: “Kami telah menahan dan memanggil individu yang terlibat untuk siasatan.

Menurutnya, kertas siasatan kes akan dirujuk kepada timbalan pendakwa raya sebaik sahaja siasatan selesai dalam masa terdekat.

Malaysiakini telah menghubungi pihak Istana Pahang untuk mendapatkan komen.

Sebelum ini, pekerja ditikam, ditembak oleh kerabat diraja Pahang

Tahun lalu, seorang kerabat diraja Pahang dikaitkan dengan insiden serangan terhadap seorang pekerja pembinaan jalan, Alias Awang, yang didakwa telah ditikam dan ditembak.

Alias memaklumkan kepada Malaysiakini pada September tahun lalu bahawa insiden tersebut berlaku pada 6 Jun, apabila dia diserang oleh kira-kira 20 orang, termasuk “anak kepada anak Tengku”, yang turut melepaskan tembakan ke arah kakinya tetapi tersasar.

Alias mendakwa dia ditikam di paha kanan menggunakan pisau dan telah membuat laporan polis pada 8 Jun.

Tengku Mahkota Pahang wira rakyat

Susulan kejadian itu, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah beberapa kali menggesa agar keadilan diberikan terhadap mangsa, dengan menegaskan bahawa tiada sesiapa – termasuk kerabat diraja – mengatasi atas undang-undang.

Kira-kira dua bulan selepas laporan Malaysiakini, seorang kerabat diraja Pahang, Tengku Eddie Akasya Tengku Abd Rahman, bersama empat individu lain didakwa di Mahkamah Majistret Kuantan kerana mencederakan seorang lelaki menggunakan pisau.

Tengku Eddie, 21, merupakan anak saudara kepada Sultan Pahang, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.


Persembahan video di bawah adalah petikan dari sebuah filem Melayu lama untuk hiburan semata-mata dan tiada kaitan dengan artikel ini.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Adaptasi oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim