Penyanyi Sheqal meninggal dunia, bekas isteri memaaf dan menghalal segalanya

Artis popular 1980-an, Raja Ema Raja Ibrahim, 56, memaafkan bekas suaminya, Allahyarham Sheqal yang menghembuskan nafas terakhirnya, jam 12.31 tengah hari tadi.

Media tempatan melaporkan serentak mengenai berita kematian itu.

Sheqal merupakan vokalis berkarektor tersendiri, menyanyikan lagu kemelayuan hasil garapan komposer terkenal di zaman kegemilangannya, Manan Ngah.

Raja Ema dalam hantaran yang dimuat naik di Facebook berkata, dia dan anak-anak turut menghalalkan segala-galanya.

"Saya dan anak-anak dengan seikhlas hati menghalalkan dan memaafkan semuanya.

"Moga arwah ditempatkan bersama orang beriman dan para solihin. Amin Ya Rabb," tulisnya.

"Saya dan anak-anak dengan seikhlas hati menghalalkan dan memaafkan semuanya.

"Moga arwah ditempatkan bersama orang beriman dan para solihin. Amin Ya Rabb," tulisnya.

Sebelum ini, penyanyi lagu Angan-Angan itu mengakui tidak pernah menghalang dua anaknya, Putera Ammar dan Putera Al-Kasyah bertemu bekas suaminya.

Malah, Raja Ema juga tidak menghalang mereka menziarahi arwah Sheqal yang dirawat di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban, Negeri Sembilan. Bagaimana, tiada seorang daripada ahli keluarga penyanyi lagu Cinta Nusantara itu menghubunginya.

Katanya, dia sudah meminta adiknya, Raja Izat supaya bersedia untuk membawa Putera Ammar dan Putera Al-Kasyah menziarahi arwah sekiranya sudah dihubungi pihak sebelah sana, namun tiada sebarang berita dari keluarga bekas suaminya.

Sheqal atau nama sebenarnya, Shaharim Salehuddin, 60, meninggal dunia dalam tidur di hospital. Pemergiannya disahkan isteri, Normah Mohd Yusoff, 58.

Normah berkata, jenazahdiuruskan di hospital dan akan dikebumikan di kampung halamannya di Raub, Pahang.

Sheqal ke HTJ pada 4 Jun dan ditidurkan pada 6 Jun lalu.

Terdahulu, Raja Ema dan Sheqal berkahwin pada 1993 dan dikurniakan Putera Ammar dan Putera Al-Kasyah. Pasangan ini bercerai pada 1999.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Adaptasi oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

Syukri Razab Presiden Parti Bersama Malaysia

LOKMAN TELLS AG: CHARGE MEN IN SEX VIDEO OR FACE OUR LAWSUIT

Bersama expected to win half of PKR, DAP and Amanah's existing parliamentary and state seats in Johor

It happens everywhere—Not only in our country

Pahang DAP exco man awarded RM1.2mil damages over libel

Will Bersama "bersama-sama" Bersatu?