Penyanyi ngetop mengaku duda, kini eligible?๐Ÿ˜‚

Ini ada sedikit berita hiburan tempatan yang dipetik dari portal dan akhbar popular Kosmo Online:

Penyanyi Syed Iqbal yang kini meledak dengan lagu Basstamam mendedahkan pernah mendirikan rumah tangga pada 2022.

Syed atau nama lengkapnya Syed Muhammad Iqbal Jamalullail, 24, berkata, dia bertemu jodoh dengan wanita yang muda setahun daripada usianya.

Perkahwinan yang diatur keluarga itu bagaimanapun hanya bertahan selama setahun.

“Itu adalah kehidupan yang saya pernah jalani dan ya, saya pernah berkahwin cuma tidak kekal lama.

“Perkahwinan tersebut diatur keluarga. Ketika itu umur saya 21 tahun dan kami berpisah pada 2023,” katanya kepada Kosmo! Online pada sesi sidang media lagu Basstamam di Al-Sultan, Glenmarie, Shah Alam, semalam.

Dalam pada itu, Syed yang juga adik kepada pendakwah bebas Da’i Syed memaklumkan dia tidak serik dan jauh sekali menyesali takdir yang tertulis.

“Saya lebih selesa menjaga privasi sebab bagi saya setiap orang ada kehidupan yang mereka perlu jalani.

“Saya juga tidak serik dan menyesal (dengan perceraian) sebab itu adalah takdir dan salah satu daripada rukun iman kita,” katanya.

Malah, dia yang kini dikaitkan sedang mengenal hati budi seorang pempengaruh terkenal mengakui terbuka untuk mendirikan rumah tangga andai sudah sampai seru.

“Insya-Allah kalau sampai waktunya saya akan berkahwin.

“Namun buat masa ini apa yang saya boleh katakan adalah saya masih ‘single but not available’,” katanya lagi.

Sekadar info, video muzik lagu Basstamam nyanyian Syed Iqbal kini mencecah lebih 230,000 tontonan selepas 10 hari dimuat naik di platform YouTube. 

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Dimuat naik oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim