Bicara saman Yusoff Rawther ditangguh — "Perayu adalah PM, terpaksa alih perhatian daripada urusan kerajaan"


"Proses rayuan itu sendiri akan terbantut, menjadi seolah-olah ia sudah ditolak, malah bersifat akademik."

Media hari ini melaporkan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan Datuk Supang Lian memerintahkan semua prosiding termasuk perbicaraan saman di Mahkamah Tinggi ditangguhkan sementara, sehingga perbicaraan penuh penangguhan didengar dan diputuskan pada 21 Julai ini di mahkamah sama.

Turut bersidang dalam panel itu ialah Datuk Faizah Jamaludin dan Datuk Ahmad Fairuz Zainol Abidin.

Seperti dilapor Berita Harian, Supang dalam keputusannya berkata, selepas mendengar hujahan kedua-dua belah pihak, mahkamah berpendapat ia mempunyai kuasa mengikut Seksyen 44 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 untuk mengeluarkan perintah sementara (interim) bagi memelihara integriti permohonan penangguhan Anwar, sehingga ia diputuskan.

"Sehubungan itu, kami dengan ini mengeluarkan perintah ad-interim (relif sementara mengekalkan status quo) untuk menangguhkan semua prosiding, termasuk perbicaraan penuh di Mahkamah Tinggi , sementara menunggu pelupusan permohonan penangguhan oleh perayu," katanya.

Anwar memfailkan permohonan untuk menangguhkan prosiding perbicaraan kes saman difailkan terhadapnya pada 2021 itu, pada 6 Jun lalu.

Peguamnya, Datuk Seri Rajasegaran Krishnan memberitahu media, perbicaraan penuh permohonan penangguhan itu adalah pada 21 Julai ini.

Muhammed Yusoff dijangka memberi keterangan sebagai saksi pertama plaintif dalam kes terbabit.

Sementara itu, dalam prosiding yang dijalankan melalui aplikasi Zoom itu, peguam Anwar, Alan Wong Teck Lee berhujah, jika perbicaraan diteruskan pada 16 Jun ini, ia memberi kesan bahawa rayuan Anwar tidak boleh diubah dan kerugian yang dialaminya tidak boleh dipulihkan.

Beliau berkata, isu Perlembagaan yang dibangkitkan Anwar mengenai rayuan itu akan turut diatasi oleh peristiwa yang berlaku dan sebarang keputusan seterusnya oleh mahkamah akan menjadi tidak bermakna lagi.

"Proses rayuan itu sendiri akan terbantut, menjadi seolah-olah ia sudah ditolak, malah bersifat akademik.

"Perayu adalah Perdana Menteri dan beliau perlu mengalihkan perhatian daripada urusan kerajaan, bukan sahaja untuk perbicaraan selama tujuh hari yang dijadualkan bermula Isnin depan, malah untuk semua persiapan yang perlu dibuat.

"Sudah tentu gangguan sebegini berisiko menjejaskan fungsi institusi Eksekutif dan Pejabat Perdana Menteri, dan menimbulkan kebimbangan serius terhadap keseimbangan Perlembagaan dan keyakinan orang ramai terhadap pentadbiran keadilan," katanya.

Peguam itu berhujah, Muhammed Yusoff tidak akan diprejudiskan sekiranya perbicaraan ditangguhkan berbanding Anwar yang kini memegang jawatan awam.

Katanya, permohonan penangguhan itu juga tidak memprejudiskan perbicaraan saman berkenaan.

Peguam Muhammad Rafique Rashid Ali bagi pihak Muhammed Yusoff pula berhujah, dengan membenarkan penangguhan pada peringkat ini, sama ada ad interim atau sebaliknya, akan mengganggu jadual mahkamah dan menjejaskan hak anak guamnya mendapatkan keadilan sewajarnya, pada waktunya.

Peguam itu berkata, hak anak guamnya untuk mendapatkan akses kepada keadilan adalah hak asasi yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Muhammad Rafique berkata, tiada alasan perundangan dan prosedur yang membolehkan perbicaraan itu ditangguhkan kerana kes saman berkenaan sudah `matang' untuk dibicarakan.

"Perayu mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada November 2022 dan tarikh perbicaraan ditetapkan pada 6 Jun 2024.

"Beliau mengetahui mengenai tarikh bicara ini setahun sebelum perbicaraan bermula tetapi hanya mengambil tindakan (untuk menangguhkan) 23 hari sebelum perbicaraan.

"Oleh itu, saya dengan rendah diri memohon supaya permohonan ad interim ini ditolak dan perbicaraan mesti diteruskan seperti yang dijadualkan," katanya.

Anwar memohon menangguhkan perbicaraan itu, sementara rayuannya bagi merujuk lapan persoalan undang-undang kepada Mahkamah Persekutuan, antaranya sama ada Perdana Menteri mempunyai imuniti daripada tindakan saman, diputuskan Mahkamah Rayuan.

Pada 4 Jun lalu, Anwar memfailkan notis rayuan selepas Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan beliau untuk merujuk lapan persoalan berkenaan.

Menurut notis rayuan itu, Anwar tidak berpuas hati dengan keseluruhan keputusan yang diberi oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Roz Mawar Rozain dan merayu terhadap keseluruhan keputusan terbabit.

Hakim Roz Mawar Rozain menolak permohonan Anwar selepas mendapati persoalan yang dikemukakan adalah bersifat spekulatif dan tidak perlu bagi pelupusan kes saman berkenaan serta tidak membabitkan tafsiran atau kesahan mana-mana peruntukan Perlembagaan.

Roz Mawar dalam keputusannya berkata, tindakan sivil tidak membentuk suatu kehilangan kebebasan mengikut Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan (hak kepada nyawa dan kebebasan diri) seperti dibangkitkan Anwar dalam permohonannya.

Beliau berkata, Anwar selaku defendan masih bebas dengan kapasiti undang-undang penuh dan perlindungan prosedur yang tersedia, oleh itu Perkara 5(1) tidak terbabit dan tidak perlu ditafsirkan dalam permohonan itu.

Menurut Roz Mawar, Perkara 8(1) (kesamarataaan di sisi undang-undang) pula, berfungsi sebagai pelindung dan bukan pemberi kekebalan, di mana ia menjamin layanan sama rata di sisi undang-undang, dan bukan pengecualian daripadanya.

Katanya, tindakan plaintif (Muhammed Yusoff) adalah mengikut undang-undang prosedur dan substantif yang sama seperti orang lain, oleh itu tiada isu tafsiran sebenar yang timbul berhubung Perkara 8(1) untuk dirujuk.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Adaptasi oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

Rafizi dijangka menang mudah tewaskan Nurul Izzah

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital