Untung jadi juruteknik kan
Fadhlina semakin tegas sejak jadi orang kuat Anwar Ibrahim
Agensi berita rasmi negara yang dikenali ramai sebagai Bernama melaporkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertindak ‘merehatkan’ guru yang terlibat dalam hubungan terlarang dengan seorang juruteknik pendawaian daripada mengajar sehingga siasatan dalaman berhubung isu itu selesai.
Menteri Pendidikan Puan Fadhlina Sidek berkata meskipun guru itu direhatkan daripada mengajar, beliau masih menjalankan tugas sebagai penjawat awam dan tindakan tersebut diambil agar siasatan yang dilakukan tidak terganggu.
“Saya ingin memberikan jaminan kepada semua pihak apabila perkara-perkara yang terkait rapat dengan integriti guru dan akhlak guru, KPM mengambilnya secara serius,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perasmian Dermasiswa Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia anjuran Farm Fresh Berhad di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Syed Sheh Barakbah semalam.
Beliau berkata KPM mengambil tanggungjawab penuh untuk memastikan guru-guru di negara ini mematuhi semua integriti dan etika keguruan yang telah ditetapkan oleh kementerian.
Fadhlina juga berkata KPM akan sentiasa mengingatkan guru-guru tentang tingkah laku mereka sama ada di dalam mahupun di luar sekolah kerana warga pendidik membawa imej keguruan yang sentiasa dilihat sebagai suri teladan dalam masyarakat.
Baru-baru ini, tular di media sosial hubungan terlarang antara seorang guru wanita dengan lelaki yang menawarkan perkhidmatan pemasangan kamera litar tertutup dan pendawaian elektrik di rumah meskipun masing-masing sudah berumah tangga.
Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com
| Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.
Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.






Comments
Post a Comment