Saman RM24 juta: Azizan akan bertindak balas tenang, berprinsip mengikut undang-undang
Di era awal tahun 2000, tokoh ini pernah menggemparkan masyarakat Malaysia, khususnya orang Melayu, di atas kebolehan bercakap dan mengajar peserta kursus mengenai bagaimana dan cara-cara untuk menjadi jutawan.
Lebih mengkagum, seminar dan kursus anjuran dan ajaran beliau telah dihadiri puluhan ribu peserta setakat ini.
Bagaimanapun, daripada puluhan ribu peserta yang mendapat didikan dan bimbingan beliau itu, tidak dapat dipastikan berapa orang sudah berjaya menjadi jutawan.
![]() |
Datuk Zafrol Rizal Mat ialah individu yang membuat tuntutan saman RM24 juta terhadap Azizan, isteri dan kakak ipar. |
Sebaliknya, beliau akan mengambil segala langkah yang sewajarnya untuk mempertahankan kebenaran serta maruah mereka.
"Bagi kami, kebenaran tidak ditentukan oleh tular dan tekanan awam, tetapi melalui prinsip keadilan dan bukti yang sah dalam sistem perundangan negara ini.
"Satu writ saman telah difailkan terhadap kami bertiga dan telah disebarkan secara terbuka oleh individu terbabit kepada umum. Kami menghormati hak beliau di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk membawa pertikaian ke mahkamah," katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya pada Isnin.
Beliau bagaimanapun tidak menafikan dalam lebih seminggu lalu, pelbagai tuduhan dan spekulasi telah ditularkan di media sosial yang melibatkan dirinya, isteri, Datin Wira Hasdiana Ahmad, dan Pengarah Eksekutif RichWorks, Hasnita Ahmad.
"Kami tidak akan membalas dengan kata-kata kesat, fitnah, atau drama di media sosial kerana itu hanya akan mencemarkan dan mempermainkan institusi kehakiman.
"Sebaliknya, kami memilih untuk melindungi pasukan kami dan organisasi yang telah kami bina bersama selama bertahun-tahun, menjaga prinsip serta nilai dalam menghadapi ujian dan bertindak secara matang, profesional serta berlandaskan lunas undang-undang," katanya sambil menjelaskan hak mereka juga dilindungi undang-undang.
Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com
Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.
Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.
Comments
Post a Comment