Mungkin ini dinamakan pencapaian luar biasa teknologi mendidik, serta hal ehwal perwayaran TNB
Media di Malaysia melaporkan seorang guru sekolah dan 'Abang Wiring' yang terpalit skandal seks didenda RM5,000 atau enam bulan penjara selepas mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah, Melaka, semalam atas kesalahan cuba melakukan perbuatan tidak bermoral pada 28 Februari lalu.
Menurut Berita Harian, Hakim Syarie Encik Mohd Yunus Mohamad Zin membuat keputusan itu selepas menerima pengakuan kedua-dua tertuduh, Muhammad Hairul Ezuan Hamzah dan Nur Fadilah Zainal masing-masing berusia 31 tahun dan mensabitkan mereka seperti pertuduhan.
Dalam penghakimannya, beliau menimbangkan keseluruhan fakta kes termasuk berlaku perbuatan tidak bermoral dan diakui oleh kedua-dua tertuduh, rayuan serta hujah pemberatan hukuman oleh pendakwaan yang turut menyentuh ketiadaan seksyen khusus berkaitan kesalahan persetubuhan luar nikah.
Beliau berkata, mahkamah juga menimbangkan latar belakang tertuduh dan itu kesalahan pertama mereka dan menjatuhkan hukuman denda RM5,000 setiap seorang atau enam bulan penjara jika gagal membayar.
Kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam membayar denda berkenaan.
Mengikut pertuduhan, Muhammad Hairul Ezuan Hamzah dan Nur Fadilah Zainal didapati melakukan perbuatan percubaan melakukan persetubuhan haram dengan yang bukan isteri atau suaminya yang sah di sisi syarak di sebuah rumah di Taman Bukit Emas, Sungai Petai, Alor Gajah pada 28 Februari lalu, kira-kira jam 9 malam.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 52 Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau dipenjara sehingga 36 bulan atau kedua-duanya, jika disabitkan.
Pendakwaan dilakukan Ketua Pendakwa Syarie Jabatan Pendakwaan Syariah Melaka, Encik Atras Mohamad Zin dibantu Pendakwa Syarie, Encik Radzwan Abdullah.
Terdahulu, Atras memohon hukuman maksimum dikenakan sebagai pengajaran kepada tertuduh dan juga masyarakat supaya tidak melakukan kesalahan sama.
Katanya, kedua-dua tertuduh membuat pengakuan secara sukarela dan faham hukuman bakal dikenakan mengikut Seksyen 52 iaitu kesalahan percubaan melakukan persetubuhan haram.
"Pihak pendakwaan ingin menegaskan tiada satu peruntukan khusus pertubuhan luar nikah antara bukan suami isteri tetapi pendekatan kita adalah Seksyen 52 berkaitan percubaan persetubuhan haram.
"Terdapat fakta berlaku perkara itu (persetubuhan haram), namun kuasa Mahkamah Syariah Melaka hanya berkaitan kesalahan percubaan melakukan persetubuhan haram.
"...mengikut hukum hudud kesalahan zina bagi mereka yang pernah berkahwin adalah rejam sampai mati, tetapi hukuman takzir denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum 36 bulan atau kedua-duanya dan jauh dari hukum syariah," katanya.
Tambahnya, tertuduh kedua adalah seorang pendidik, manakala tertuduh pertama mempunyai isteri dan sebarang keputusan mahkamah akan menjadi perhatian dan panduan dalam masyarakat pada masa akan datang.
Mengikut fakta kes, pihak berkuasa menerima aduan mengenai satu pasangan melakukan persetubuhan haram pada 27 Mei lalu, kira-kira jam 4.45 petang.
Anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) kemudian memanggil pasangan terbabit pada 29 Mei untuk siasatan lanjut yang mana mereka mengaku melakukan perbuatan tidak bermoral secara sukarela pada 28 Februari lalu di rumah tempat kejadian.
Mereka ditahan dan dibawa ke balai polis untuk dokumentasi dan kes disiasat mengikut Seksyen 52 Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991.
Media sebelum ini melaporkan guru wanita di sebuah sekolah di Melaka yang didakwa menjalin hubungan sulit dengan suami orang sehingga menjadi bualan hangat warganet direhatkan dari tugas mengajar sehingga siasatan terhadapnya selesai.
Menteri Pendidikan, Puan Fadhlina Sidek dilaporkan berkata, guru wanita itu bagaimanapun masih menjalankan tugas sebagai kakitangan awam.
Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com
End©Permadu
| Adaptasi oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.
Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.








Comments
Post a Comment