Kalau dah boleh menang 80 kerusi, Ramanan patut bertanding presiden PKR, lawan Anwar

Sebab Anwar pun tak mampu beri kemenangan 80 kerusi untuk PKR 

Akhbar Sinar Harian melaporkan calon Naib Presiden (sebenarnya lebih layak bertanding jawatan presiden) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan (gambar, atas sekali) menegaskan beliau bukan 'raja formula', sebaliknya berpandukan fakta dalam meletakkan sasaran parti itu untuk memenangi sehingga 80 kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Menurut beliau, sasaran itu berasaskan rekod pencapaian parti sebelum ini dan bukan sekadar retorik atau angan-angan politik.

“Saya tiada formula, cuma ada fakta sahaja," katanya ketika ditemui akhbar Bahasa Melayu berpengaruh itu selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Seminar Asas Keusahawanan Tekun Nasional di Shah Alam, Selangor, semalam.

Ramanan (duduk dari tiga kanan) bergambar bersama tetamu jemputan dan peserta selepas Majlis Perasmian Seminar Asas Keusahawanan Tekun Nasional pada Sabtu, 17 Mei 2025.


Mengulas lanjut, Ramanan memberi contoh kemenangan PKR memenangi 50 kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu di bawah pimpinan calon Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, membuktikan angka lebih besar bukan sesuatu yang mustahil.

"Beliau (Nurul Izzah) adalah ‘raja perang’ kita dan perlu bawa dia balik untuk (menghadapi) PRU16, sebab itu saya menyatakan mungkin menang 50, 60, 70, malah 80 kerusi, jadi apa salahnya ada harapan?” katanya.

Ramanan yang juga Timbalan Ketua Penerangan parti itu mengingatkan ahli politik agar tidak hanya beretorik tanpa mendengar pandangan orang lain.

"Ahli politik bila kita bagi mikrofon, dia tidak akan berhenti bercakap dan tidak mahu mendengar, sebaliknya kena buka telinga, kalau tidak, saya boleh tolong beri alat pendengaran," jelas beliau.

Terdahulu, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli menyifatkan dakwaan Ramanan bahawa parti itu berpotensi memenangi sehingga 80 kerusi parlimen pada PRU16 sebagai tidak berpijak pada realiti.


Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com


End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim