Jangan terperanjat kalau Rafizi tiba-tiba jadi perdana menteri ke-sebelas!
Ramalan awal Permadu ternyata kecundang
Pada hari Selasa, 13 Mei 2025, Permadu Malaysia telah menerbitkan sebuah artikel yang meramalkan Datuk Seri Mohd Rafizi Ramli akan menang mudah dalam pertandingan satu lawan satu bagi jawatan Timbalan Presiden PKR menentang anak perempuan sulung presiden parti, iaitu Puan Nurul Izzah binti Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bagaimanapun, keputusan rasmi menunjukkan Nurul Izzah menang bergaya dengan majoriti lebih 9,000 undi. Tahniah diucapkan kepada beliau.
Tahniah juga diucapkan kepada mereka yang memenangi jawatan Naib Presiden dan ahli-ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR.
Ketika membuat ramalan, kami melihat kepada semangat reformasi yang masih tebal di kalangan akar umbi yang layak mengundi, di mana keadaan ini memberi kelebihan kepada Rafizi.
Namun, kami terlepas pandang bahawa sistem pengiraan undi sudah berubah, bukan seorang individu untuk satu undi. Seperti pandangan seorang penulis bebas, sistem baru pengiraan memberi pengukuhan kepada kuasa dan kehendak presiden.
Kalau ikut teori Rafizi, barisan kepimpinan PKR yang baharu kini dikhuatiri di dominasi pihak yang dikawal mereka yang mempunyai banyak wang, yakni pengamal politik wang.
Untuk menang, Nurul Izzah terpaksa bersekongkol dengan kumpulan yang mempunyai banyak wang ini.
Apa yang Rafizi akan lakukan sekarang? Mungkin di sana menanti di sini menunggu.
Menanti dan menunggu Rafizi dan ahli-ahli Parlimen dalam kumpulannya untuk berpaling tadah menyokong Perikatan Nasional. Tanpa perlu keluar parti. Macam ahli-ahli Parlimen Bersatu buat berpaling tadah menyokong Anwar.
Duluan (precedence) sudah ada dan Speaker Tan Sri Johari Abdul tidak bertindak terhadap mereka. Maka bolehlah Rafizi dan pasukannya melakukan perkara sama.
Ini pasti akan melemahkan PKR di mana jumlah kerusi yang mereka ada langsung tidak mendominasi kerajaan perpaduan sekarang.
PKR dapat kerusi perdana menteri atas ehsan rakan gabungan dan sekutuan dalam kerajaan perpaduan.
Jangan terperanjat kalau Rafizi tiba-tiba jadi perdana menteri ke-sebelas!
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dah kantoi.
Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com
End©Permadu
| Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.
Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.








Comments
Post a Comment