Mana mungkin pakar formula letak jawatan menteri
Portal lantang pro-DAP dan Pakatan Harapan yang semakin bebas, Malaysiakini, mendakwa seorang menteri kabinet yang tidak mahu namanya didedahkan memberitahu portal itu bahawa Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli sedang bercuti.
Kedudukan Rafizi menarik perhatian susulan khabar angin yang mendakwa timbalan presiden PKR itu telah meletakkan jawatan dalam kerajaan.
"Perdana Menteri Anwar Ibrahim memaklumkan mesyuarat kabinet hari ini bahawa Rafizi sedang bercuti beberapa hari.
“Tiada peletakan jawatan berlaku, dan khabar angin ini sama sekali tidak benar," kata menteri misteri itu.
Keresahan mula timbul di kalangan pemimpin parti susulan keputusan pemilihan cabang yang menyaksikan beberapa sekutu rapat Rafizi tersingkir – memberi isyarat laluan getir buatnya dalam mempertahankan jawatan nombor dua PKR dalam pemilihan kepimpinan pusat bulan depan.
Sementara itu, Presiden PKR merangkap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan bahawa juruaudit bebas telah dilantik untuk menyiasat aduan berkaitan ketidakteraturan dalam pemilihan parti.
"Ada aduan dibuat, kita ambil maklum dan sekarang juruaudit antarabangsa sedang menyemak (aduan) sekiranya ada asas," katanya.
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PKR Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa pula berkata, pengundian semula akan diadakan pada 1 Mei bagi empat cabang – Jempol, Selayang, Silam dan Semporna.
Pemilihan di peringkat cabang itu menyaksikan beberapa nama besar dalam parti tumbang, termasuk Naib Presiden PKR Encik Nik Nazmi Nik Ahmad dan K Saraswathy, Ketua Pemuda PKR Encik Adam Adli, timbalan menteri yang juga ahli parlimen Johor Bahru Encik Akmal Nasrullah Nasir, serta beberapa ahli parlimen lain.
End©Permadu
Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.
Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.
Comments
Post a Comment