Dua "Mah" berpelukan

Dua Mah, Hasmah dan Rosmah

Pertemuan antara dua isteri bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali dan Datin Seri Rosmah Mansor di Masjid Negara mencuri perhatian umum semalam.

Seperti dilapor Sinar Harian sebentar tadi, kedua-duanya hadir bagi memberikan penghormatan kepada Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang pernah menerajui tampuk pemerintahan negara sebagai perdana menteri kelima.

Rakaman sekilas waktu ringkas yang memaparkan pertemuan dan interaksi antara Tun Dr Siti Hasmah dan Datin Seri Rosmah itu tular di media sosial selepas dimuat naik oleh pengguna TikTok, Ihsan Messrs Faiz Syukri & Co.

Kemesraan kedua-dua mereka terserlah apabila mereka bersalaman dan saling berpelukan antara satu sama lain.

Video berdurasi 17 saat berkenaan menerima pelbagai reaksi positif daripada netizen yang menganggap pertemuan itu sebagai simbol penyatuan dan penghormatan terhadap jasa seorang negarawan.

“Apa pun perbezaan politik, semuanya seakan terhenti apabila seorang tokoh besar seperti Pak Lah pergi buat selama-lamanya,” demikian antara komen netizen di TikTok.

Pertemuan itu turut dilihat sebagai simbolik kepada penghormatan dua srikandi negara yang masing-masing pernah menyaksikan sendiri cabaran suami mereka ketika bergelar pemimpin nombor satu negara, kata Sinar Harian.

Tun Dr Siti Hasmah ialah isteri kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri keempat dan ketujuh, manakala Datin Seri Rosmah merupakan isteri kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri keenam.

Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi, 85, menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) kelmarin dan telah dikebumikan di Makam Pahlawan selepas solat Zuhur semalam.


End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

OGY MASALAH KEWANGAN, TAKKAN BIG BOSS PN TAK BOLEH TOLONG KOT

Di sebalik misteri kehilangan Anita Sarawak

WAAH.. PERMAISURI AGONG PANDU LORI TRELER?

Janganlah jealous lelaki Rohingya dapat awek Melayu cun💝

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

BERI PELUANG LIM KIT SIANG JADI PERDANA MENTERI SAMPAI 2023

Azam Baki Berpotensi Menjadi Salah Satu Punca Kejatuhan Anwar

Syukri Razab Presiden Parti Bersama Malaysia