Wartawan Malaysiakini yang lantang berjuang anti-rasuah didakwa ditangkap ketika sedang terima rasuah RM20 ribu

Tanpa berselindung, portal berita Malaysiakini mendedahkan wartawannya sendiri, Encik B Nantha Kumar ditahan malam tadi kerana didakwa menerima rasuah daripada agen yang berurusan dengan pekerja asing.

Portal itu merujuk kepada kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki yang menjelaskannya terus kepada Malaysiakini.

Dalam penjelasan itu, Azam menafikan bahawa penahanan itu adalah kerana artikel Malaysiakini baru-baru ini mendedahkan kartel pemerdagangan warga asing.

Menurut Azam, wartawan itu didakwa meminta RM100,000 daripada agen itu sebagai balasan untuk tidak menyiarkan dua artikel berhubung agen berkenaan.

Kata Azam lagi, jumlah itu akhirnya dikurangkan kepada RM20,000.

"Kes perangkap" 

“Agen itu membuat laporan kepada SPRM, selepas itu kami menjalankan apa yang dipanggil ‘kes perangkap’.

“Agen itu kemudian bertemu wartawan berkenaan di Hotel Concorde di Shah Alam di mana wang tunai diserahkan kepada wartawan itu.

“Pegawai SPRM menahan wartawan itu di tempat kejadian dengan wang RM20,000,” katanya.

Mahkamah Majistret Putrajaya semalam membenarkan permohonan SPRM untuk menahan remannya selama empat hari.

SPRM menyiasat kes itu mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Undang-undang itu membenarkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi subjek kesalahan.

Nantha - yang berkhidmat dengan Malaysiakini sejak 2018 - telah menulis secara meluas baru-baru ini mengenai sindiket imigresen, termasuk yang melibatkan Jabatan Imigresen.

Pengarang Eksekutif Malaysiakini Encik RK Anand dan Pengarang Urusan Encik Ng Ling Fong berkata portal berita itu terkejut dengan dakwaan terhadap wartawannya.

"Nantha Kumar seorang wartawan berpengalaman yang telah berada di barisan hadapan dalam membongkar pelbagai skandal. Dia secara konsisten menunjukkan dedikasi dan keberanian dalam membuat lapora-laporan ini, selalunya membahayakan diri sendiri.

Malaysiakini kekal teguh dengan prinsipnya dan tidak bertolak ansur dengan sebarang kesalahan. Pada masa yang sama, kami akan mengambil semua langkah yang perlu untuk membantu wartawan kami dalam proses itu," tambah mereka.

Sementara itu, peguam Encik Rajsurian Pillai berkata dia telah bercakap dengan Nantha, yang menjelaskan apa yang telah berlaku.

“Saya lebih suka tidak mendedahkan butiran lanjut buat masa ini kerana perkara itu masih dalam siasatan. Jika dia didakwa, kami akan mempertahankannya di mahkamah.

"Buat masa ini, biarkan SPRM menyelesaikan siasatan mereka," katanya.

Dalam maklum balas segera, Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJM) mengambil maklum penahanan seorang anggota NUJM-Malaysiakini.

“NUJM berharap sebarang siasatan oleh SPRM akan membawa keadilan kepada semua pihak dan bukan bertujuan untuk menyekat kebebasan bersuara di negara ini,” kata Setiausaha Agung NUJM Puan Teh Athira Yusof.



End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Profesor Universiti Malaya didakwa hantar gambarnya sendiri berbogel kepada pelajar perempuan

Sedap berkhidmat di Jabatan Imigresen — lubuk buat duit untuk menjahanamkan negara!

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis