Tangisan Dr Jezamine sama sekali tidak bermakna dia dan Harith tidak bersalah

Pihak lain jadi susah masuk penjara bila pelawak guna agama sebagai bahan lawak.

Adakah pelawak sudah terlalu kekeringan modal hingga terpaksa kaitkan isu agama?

Punca sebenar masalah datang dari pelawak sendiri!

Tindakan sewajarnya harus diambil terhadap pelawak seperti ini.

Semalam, akhbar Sinar Harian melaporkan bekas isteri pelawak Harith Iskander menangis di luar Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur pada Jumaat 31 Januari 2025, selepas ditanya mengenai kesan yang dihadapi ekoran kiriman ‘WhatsApp’ ugutan rogol dan bunuh anak perempuannya, minggu lalu.

Dr Jezamine Lim, 42, pada mulanya kelihatan tenang dan tersenyum ketika disapa media.

Bagaimanapun, selepas ditanya mengenai permintaan tertuduh untuk berjumpa dan memohon maaf, ibu kepada tiga anak itu gagal untuk menyembunyikan perasaan lalu menangis di samping Harith.

Harith, 58, kemudiannya menenangkan bekas isterinya itu dan memohon semua pihak memberi ruang untuk Jezamine untuk bertenang.

“Sebagai seorang ibu, semua akan faham perasaan Dr Jezamine kita biarkan dia tenang dahulu,” kata pemenang pertandingan ‘The Funniest Person in the World’ pada 2016 itu.

Semalam, seorang tukang rumah yang menggunakan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) untuk mengugut dan mempermainkan perasaan pelawak, Harith serta keluarga, dihukum penjara lima bulan termasuk denda RM2,000.

Izzuddin Md Salim, 31, dikenakan hukuman berkenaan selepas mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibaca di hadapan Majistret, S Mageswary.

Mahkamah memerintahkan lelaki bujang itu, dipenjara bermula tarikh tangkap 24 Januari lalu, dan sekiranya gagal membayar denda terbabit, dia dikehendaki menjalani hukuman penjara tambahan selama dua bulan.

Ditanya mengenai prosiding mahkamah, Harith berkata, mereka menghormati keputusan yang dijatuhi terhadap tertuduh.

Tertuduh hanya memberitahu, dia mahu memohon maaf kepada majistret, jadi ia tiada kena-mengena dengan saya,” katanya, selepas ditanya mengenai hasrat tertuduh untuk bertemu dan meminta maaf kerana membuat kenyataan ugutan.

Sebelum ini, media melaporkan Harith terpaksa membatalkan program 'Punchline: Harith Iskander 35 Years of Laughter' di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) susulan beliau dan ahli keluarga menerima ancaman bunuh.

Ancaman itu dipercayai selepas pelawak terbabit memuat naik hantaran di media sosial yang cuba membuat jenaka mengenai topik ham, yang kemudian mengundang kecaman netizen kerana didakwa membuka ruang mempersendakan agama.

Susulan itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, seorang suspek berusia 31 tahun ditahan reman bagi membantu siasatan berkenaan.

Razarudin berkata, penahanan itu dibuat susulan pengurus pelawak terbabit yang juga bekas isterinya, Dr Jezamine Lim membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi pada jam 7.31 malam Jumaat.



End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Profesor Universiti Malaya didakwa hantar gambarnya sendiri berbogel kepada pelajar perempuan

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?