Penyanyi wanita dikhabarkan ditangkap berkhalwat beri amaran akan ambil tindakan undang-undang

Sebuah akhbar bersaiz kecil dan juga portal berita bahasa Melayu tempatan melihat tindakan penyanyi Thalia Rasul berkongsi kenyataan yang turut membabitkan peguam menimbulkan persoalan dalam kalangan netizen.

Menurut Harian Metro, bekas peserta program Mentor 4 ini menerusi media sosialnya seakan memberi amaran agar namanya tidak dikaitkan sebagai orang yang ditangkap berkhalwat, merujuk kepada isu khalwat seorang artis yang hangat diperkatakan ketika ini.

"Assalamualaikum... Ramai yang tertunggu 'posting' Thalia, kan? Thalia nak maklumkan pada semua... 'Since' ramai sangat dah jadi orang bijak pandai.

"Saya dah maklumkan pada peguam saya tentang hal ni... Peguam Thalia sedang pantau mana-mana individu (tidak terkecuali) siapa pun, yang bertindak meninggalkan komen, menyebarkan aib dan fitnah yang melampau dengan niat atau tidak di mana-mana 'posting'.

"Pihak peguam yang dilantik tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan ke atas individu-individu tersebut," portal itu memetik tulisan Thalia.

Terdahulu, tular berita seorang penyanyi yang juga bekas peserta program realiti didakwa ditangkap khalwat bersama kekasih berstatus suami orang di rumah sewa mereka, kira-kira jam 2 petang Selasa lalu.

Semalam, portal tersebut menerusi sumber melaporkan penyanyi ditangkap khalwat itu pernah beberapa kali gagal dalam perkahwinan dan mempunyai anak.

Enggan beri ulasan kecuali ada bukti dia benar-benar ditangkap berkhalwat

Thalia semalam dilaporkan enggan mengulas mengenai perkara itu dan hanya akan mengulas sekiranya ada bukti mengatakan dia adalah penyanyi yang ditangkap berkhalwat itu. 

End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Kwai Fong Chin


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG   

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

It happens everywhere—Not only in our country

A lawyer's personal opinion on Tommy Thomas' controversial book

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Isteri billionaire minta tolong orang ramai menderma?

Dad and Kids