Sumbangan SARA melalui MyKad disalur mulai hari ini

Media melaporkan sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan disalurkan melalui kad pengenalan atau MyKad secara bulanan kepada 700,000 penerima miskin dan miskin tegar seluruh negara bermula hari ini, Rabu 15 Januari 2025.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penyaluran SARA melalui MyKad dibuat bagi memastikan golongan miskin menerima manfaatnya dalam bentuk barangan termasuk makanan asas.

“Menjunjung prinsip kesaksamaan dan nilai manusiawi yang menghidupkan kerangka Ekonomi Madani, penyusunan semula kewangan kerajaan ini memastikan hasilnya dapat memanfaatkan rakyat terbanyak," Sinar Harian memetik Anwar sebagai berkata dalam kenyataan semalam, Selasa 14 Januari 2025.

Tambah beliau, kadar bantuan SARA ditingkatkan dengan isi rumah miskin dan miskin tegar di dalam rekod eKasih bakal menerima RM2,100 untuk tahun 2025, berbanding RM1,200 pada tahun sebelumnya.

"Bantuan SARA sebanyak RM100 sebulan akan dikreditkan ke dalam MyKad penerima bagi Januari hingga Mac 2025," katanya.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, kadar bantuan itu akan ditingkatkan kepada RM200 sebulan mulai April depan.

"Mekanisme yang seragam ini adalah penambahbaikan daripada tahun lalu, berbanding penyaluran bantuan secara tunai dua kali setahun kepada penerima SARA yang bermastautin di Sabah, Sarawak dan Labuan," katanya.

SARA akan disalurkan melalui MyKad secara bulanan kepada 700,000 penerima miskin dan miskin tegar seluruh negara bermula Rabu. Foto hiasan
SARA akan disalurkan melalui MyKad secara bulanan kepada 700,000 penerima miskin dan miskin tegar seluruh negara bermula Rabu. Gambar hiasan.

Jelas Anwar, penambahbaikan SARA merangkumi sebahagian daripada peningkatan peruntukan Belanjawan 2025 bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan SARA ke tahap tertinggi dalam sejarah iaitu RM13 bilion berbanding RM10 bilion pada tahun lalu.

Selain daripada itu, 5.4 juta penerima STR turut akan menerima bantuan tambahan SARA mulai April 2025.

Ini terdiri daripada 700,000 penerima SARA sedia ada dan 4.7 juta penerima STR sedia ada yang tidak berada dalam rekod eKasih.

Bagi kategori isi rumah, tambahan sumbangan SARA adalah sebanyak RM100 sebulan.

Golongan warga emas tiada pasangan pula akan menerima sumbangan tambahan SARA sebanyak RM50 sebulan.

Di bawah program SARA, penerima boleh membeli barangan keperluan asas terpilih dengan menggunakan MyKad di kedai-kedai runcit berdaftar yang kini berjumlah lebih 1,200 buah di seluruh negara, berbanding 700 buah pada tahun 2024.

Penerima SARA boleh menggunakan kredit yang disalurkan untuk membeli barang keperluan asas terpilih di bawah kategori barangan kebersihan diri, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan, selain daripada barang makanan asas.



End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Profesor Universiti Malaya didakwa hantar gambarnya sendiri berbogel kepada pelajar perempuan

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?