Pempengaruh Cina pro-Najib menulis..

Dua wajah Lim Sian See.. yang mana satu?

Apakah peratusan kebarangkalian bahawa manipulasi sistem perundangan telah berlaku jika kelapan-lapan faktor ini berlaku bagi kes yang sama?

1. Ketua SPRM sedia ada dipecat oleh kerajaan dan digantikan dengan seorang ahli Majlis Tertinggi parti politik mereka;

2. Peguam Negara yang juga ketua Pendakwa Raya sedia ada juga dipecat, lalu seorang peguam swasta yang berpihak kepada mereka dilantik sebagai pengganti; 

3. Selepas memaksa Ketua Hakim Negara sebelumnya meletakkan jawatan, Peguam Negara baharu mengaku dalam bukunya bahawa dialah yang mencadangkan hakim dengan kekananan paling rendah ketika itu untuk dilantik sebagai Ketua Hakim Negara.

4. Tertuduh yang merupakan musuh nombor satu kerajaan berulang kali dinafikan hak untuk mengemukakan bukti-bukti baharu kepada mahkamah

5. Seorang hakim yang baru dilantik kurang dari setahun dan tidak mempunyai pengalaman dalam kes jenayah telah dipindahkan dari mahkamah sivil untuk mengambil alih kes jenayah berprofil tinggi daripada seorang hakim berpengalaman (yang dipindahkan ke mahkamah sivil tanpa kerelaannya sendiri) selepas perbicaraan kes tersebut sudah bermula. Hakim itu kemudian dipindahkan semula ke mahkamah sivil selepas kes berprofil tinggi tersebut selesai.

Siasatan lanjut SPRM menunjukkan bahawa tiga hakim lain telah menolak mengambil alih kes ini sebelum hakim tiada pengalaman ini bersetuju.

6. Peguam bela tidak dibenarkan oleh hakim untuk menarik diri tetapi diminta untuk duduk dan mendengar penghujahan pendakwa raya. Anak guam dihantar ke penjara tanpa pihak pembelaan diberikan peluang untuk mengemukakan hujah mereka.

7. Penghakiman bertulis sebenar telah bocor, yang menunjukkan keputusan bersalah terhadap tertuduh, walaupun penghujahan daripada pendakwa raya belum selesai.

8. Dalam kes ini SRC ini, Najib didakwa telah melakukan pecah amanah sebab dia menyertai satu mesyuarat kabinet pada tahun 2010 yang meluluskan jaminan kerajaan untuk SRC mendapat pinjaman dari KWAP. Kertas cadangan itu bukan dibawa oleh Najib tetapi oleh seorang menteri yang akhirnya didapati telah menerima bayaran dari Jho Low setahun dahulu.

Lalu Najib juga didakwa empat caj AMLA dengan tuduhan bahawa dana dari pinjaman KWAP itu dimasukkan ke dalam akaun Najib empat tahun kemudian pada akhir tahun 2014 dan awal 2015 tanpa arahan, permintaan atau pengetahuan Najib.

Selepas Najib didapati bersalah dan dihantar ke penjara, siasatan lanjut SPRM mendapati bahawa dana yang masuk ke akaun Najib bukan berasal dari KWAP tetapi melalui bayaran dari syarikat Putrajaya Perdana dengan dana yang berasal dari pinjaman Maybank ketika hakim menjawat sebagai chief legal counsel dan company secratary Maybank. Penubuhan SRC juga adalah dari syor Maybank kepada 1MDB.

Dana itu juga tidak dipindah terus dari akaun SRC ke akaun Najib tetapi ianya adalah sebahagian dana yang telah dilulus dan dibayar oleh SRC kepada Ihsan Perdana untuk tujuan CSR. Ianya Ihsan Perdana yang pindahkan dana itu ke dalam akaun Najib. Lalu Najib juga gunakan dana tersebut untuk tujuan CSR dan bukan untuk kegunaan peribadi.

Langsung tiada pertikaikan bahawa SRC tidak patut lantik Ihsan Prdana sebagai ejen CSR bagi SRC dan tiada pertikaian bahawa SRC tidak patut bayar Ihsan Perdana untuk tujuan CSR.


Dipetik dari hantaran Facebook Najib Razak 5 hari yang lalu.

End©Permadu


Dimuatnaik/adaptasi oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Rahayu Mansor


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG  


Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Profesor Universiti Malaya didakwa hantar gambarnya sendiri berbogel kepada pelajar perempuan

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?