OutSyed The Box — Bapak Curi Berdiri, Anak Curi Berlari

 OutSyed 

The Box

Dalam satu hantaran semalam, Tuan Syed Akbar Ali, menerusi blog beliau, OutSyed The Box, menyuarakan pandangan bahawa kebanyakan anak perdana menteri dan menteri hidup mewah dan senang-lenang.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas sebuah artikel terbitan Permadu Malaysia pada 10 Januari 2025, mengenai dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad, anak bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, memberitahu anak Dr Mahathir, giliran mereka pula mencuri (dana awam) sejurus bapa mereka dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6.

Permadu Malaysia pula merujuk kepada sebuah artikel siaran Malaysiakini pada hari yang sama, memetik acara podcast antara Dr Mahathir dan bekas menteri, Datuk Seri Idris Jala bersama anaknya, Encik Leon.

Dr Mahathir Mohamad mendedahkan perbualan yang didakwanya pernah berlaku antara a---nya dan a--k A-----ah A---d B----i, yang menyebut a--k perdana menteri ke---- negara itu dikatakan menyatakan niat untuk menggunakan kedudukan b---nya bagi mengaut kekayaan.

Tanpa menyebut sebarang nama secara khusus, bekas perdana menteri itu mengaku dia terkejut dengan pendedahan tersebut.

“Mereka (pengganti saya) percaya bahawa semasa saya menjadi perdana menteri, saya menyalahgunakan kuasa dan korup. A--k A-----ah beritahu a--k saya, ‘Giliran awak sebelum ini, sekarang giliran kami.’ Giliran untuk apa? Untuk mencuri wang. Saya terkejut,” katanya.

Berikut adalah ulasan dari Syed Akbar Ali:

Saya ada soalan sikit saja. Tuan-Tuan perasan tak tidak ada anak Menteri yang masuk golongan B40. Atau M40. Mereka semua terus masuk golongan T20 (the Top 20% yang kaya). 

Rahsia besar kejayaan DEB

Bagi saya inilah rahsia besar kejayaan Dasar Ekonomi Baru yang sangat terpendam, yang tidak diceritakan dengan sepenuhnya kepada masyarakat kita dan juga kepada seluruh dunia. This is the hidden truth of the New Economic Policy.

Apabila bapak dia menjadi Menteri saja, anak Menteri akan terus menjadi kaya. Jadi the solution is simple Tuan-Tuan. Untuk membangunkan ekonomi orang Melayu, setiap orang Melayu harus dilantik menjadi Menteri untuk satu tempoh yang singkat. 

Kes LCS

Untuk tempoh yang berapa lama?  Untuk tempoh sampai kontrak sudah sign dan duit sudah dibayar. Tak payah tunggu projek siap pun. Macam kontrak beli enam biji kapal peronda pesisir pantai itu. Kapal tenggelam sebelum kapal siap. Tapi duit sudah bayar - RM6 billion ke apa. Projek tak siap pun.

As long as kontrak sudah sign, duit sudah bayar sudah cukup. Tak payah tunggu projek siap pun. Lepas itu tukar sajalah Menteri - ganti dengan Menteri baru. Famili Menteri baru pula boleh berpeluang jadi kaya.

Kalau anak Perdana Menteri pula, mereka akan terus menjadi ahli kaum T20 atau lebih tinggi. (Tuan-Tuan dulu ada 'gang' anak seorang ex-PM yang mahu belanja saya pergi tengok bola World Cup di Brazil. Saya tak pergi - no thank you. Di Brazil tu ada Sungai Amazon. Dalam sungai itu ada ikan piranha. Kalaulah saya terjatuh ke dalam sungai boleh terjadi tajuk berita 'Blogger OutSyed The Box eaten by piranhas'. Later I found out 'yacht' yang famous itu (kes Wan Em Dibi) pun berlabuh di Rio De Janeiro pada masa yang sama. Nauzubillah).

Balik kepada topik, anak-anak ex-PM bukan saja jadi ahli Top 20 tetapi lebih elit dari itu mereka jadi Kumpulan Elit Top 1% yang terkaya dalam negara kita. Sudah lepasi jutawan dan menjadi billionaire atau menghampiri billionaire.

Antara rahsia anak-anak ex-PM ialah apabila mereka menghampiri apa jenis pintu pun (pintu bank, pintu Bursa, pintu GLC, pintu jabatan kerajaan, pintu Mahkamah Criminal) maka pintu itu akan terbuka dengan sendiri. 

Jika ada sekuriti guard penjaga pintu, sekuriti guard itu akan rebah sujud  mencium duli yang mulia. Itulah kelebihan anak-anak ex-PM dulu. Jangan main. 

Balik kepada topik kita - pernah tak Tuan-Tuan jumpa anak-anak ex-PM yang masuk B40? Atau M40? Atau T20? Tak ada pun. Mereka lebih selesa di kalangan Top 1%. 

End©Permadu


Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Rahayu Mansor


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG  


Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Profesor Universiti Malaya didakwa hantar gambarnya sendiri berbogel kepada pelajar perempuan

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?