Nga Kor Ming jadi insan kerdil pulak

"Saya hanyalah insan kerdil yang berkhidmat untuk rakyat.." 

Sinar Harian melaporkan semalam, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Encik Nga Kor Ming menegaskan beliau sedia menerima teguran secara terbuka jika dirinya melakukan kesilapan.

Pengerusi DAP Perak itu berkata, era kerajaan yang tahu segalanya sudah berakhir kerana ramai rakyat di luar sana lebih bijak dan pandai daripada penjawat awam mahu pun menteri.

"Sebagai penjawat awam, kita perlu bukan hanya bersikap jujur dan ikhlas, tetapi apabila kita melihat sesuatu perkara yang tidak betul, kita harus ada keberanian untuk menegur.

"Saya, selaku insan kerdil yang berkhidmat untuk rakyat dan negara...sebagai menteri, sekiranya saya melakukan kesalahan dan kesilapan, maka kita perlu ada pembesar yang sanggup bercakap benar kerana kita harus mengambil iktibar daripada skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB)," katanya dalam Amanat Tahun Baharu 2025 di kementeriannya semalam, Khamis 16 Januari 2025.

Mengulas lanjut, Kor Ming berkata, masalahnya ketika itu adalah tiada seorang pun pembesar atau pemimpin dalam kerajaan yang berani bercakap benar mengenai skandal 1MDB.

Katanya, perkara itu akhirnya menyebabkan seluruh rakyat Malaysia kini dibebani dengan hutang 1MDB yang terpaksa ditanggung bagaikan 'biawak hidup', sekurang-kurangnya sehingga tahun 2038.

"Jika skandal itu tidak berlaku, Malaysia boleh menjimatkan wang rakyat sebanyak RM50 bilion yang boleh digunakan untuk pembinaan pelbagai kemudahan awam seperti sekolah, hospital, masjid, surau, tadika, tandas dan banyak lagi.

"Sebab itulah, amat penting sekali saya berkhidmat di sini, bukan duduk di pejabat menteri menunggu orang untuk dilayan, tetapi saya di sini untuk berkhidmat kepada rakyat," katanya.

End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Profesor Universiti Malaya didakwa hantar gambarnya sendiri berbogel kepada pelajar perempuan

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?