Konsep Kerajaan Tebuk Atap berjangkit ke FAM?

 TAKTIK ALA "LANGKAH SHERATON" DI FAM?

Akhbar popular yang juga mempunyai portal berita melaporkan suasana menjelang Kongres Pemilihan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada 15 Februari depan makin 'panas' apabila difahamkan berlakunya isu penipuan pada borang pencalonan yang diserahkan oleh wakil Persatuan Bolasepak (FA) kepada Jawatankuasa Pemilihan FAM.

Merujuk sumber terdekat badan induk bola sepak negara itu, akhbar Harian Metro diberitahu ketika ini kecoh di kalangan ahli gabungan FAM berkenaan perkara itu.

Difahamkan, seorang Setiausaha Agung dari sebuah FA menghantar borang pencalonan dengan menyokong individu tertentu tanpa pengetahuan dan pengesahan Presiden FA.

Tindakan Setiausaha Agung itu menyebabkan Presiden FA itu 'mengamuk' dan meminta pihak Jawatankuasa Pemilihan FAM membatalkan borang pencalonan itu kerana ia dibuat tanpa pengetahuannya.

Malah, Presiden FA berkenaan juga meletakkan jawatan sebagai Exco FAM serta merta susulan isu itu sebagai tanda protes di atas pakatan 'pintu belakang' oleh pihak tertentu.

"Presiden itu marah dan meminta pihak FAM memulangkan atau membatalkan borang pencalonan yang dihantar oleh Setiausahanya.

"Tandatangan yang diturunkan oleh Setiausaha Agung itu tanpa pengesahan dan pengetahuan Presiden, dan itu satu kesalahan kerana mungkin Presiden tidak bersetuju dengan individu yang dicalonkan oleh Setiausaha Agungnya.

"Presiden itu sudah memohon borang pencalonan baharu dan akan mengisi semula borang itu dan akan hantar sebelum tarikh tutup pada 16 Januari ini," kata sumber itu kepada wartawan sukan akhbar berkenaan.

Untuk rekod, Kongres Pemilihan FAM bakal menyaksikan perebutan pelbagai jawatan dalam badan induk bola sepak negara itu termasuk 'kerusi' Presiden, selepas Tan Sri Hamidin Mohd Amin mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatannya.

Untuk bertanding merebut jawatan Presiden, seseorang itu perlu mendapatkan enam pencalonan daripada 18 ahli gabungan FAM bagi membolehkan individu itu dibenarkan bertanding.

Bagi jawatan Timbalan Presiden pula, lima pencalonan diperlukan disusuli empat pencalonan untuk jawatan Naib Presiden dan tiga sokongan di peringkat Ahli Jawatankuasa (Exco).

Sumber memaklumkan, Presiden FA yang 'berang' itu menegur pihak Jawatankuasa Pemilihan FAM agar berhati-hati dalam menerima borang pencalonan supaya menyemak terlebih dulu dengan Presiden FA.

"Presiden itu sudah berhubung dengan pihak FAM agar berhati-hati dan jangan seberono menerima borang pencalonan kerana bimbang ada pihak mengambil kesempatan untuk menyokong pihak tertentu tanpa mendapat lampu hijau Presiden.

"Presiden setiap FA juga diminta agar memantau pegawai di bawahnya yang mungkin membuat tindakan atau keputusan tanpa melalui saluran yang betul bagi mengelak kontroversi.

"Kita jalankanlah amanah yang diberikan sebaiknya. Raikanlah demokrasi secara teratur dan biarlah ahli gabungan memilih individu tepat untuk memimpin FAM," katanya.

End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh



Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Profesor Universiti Malaya didakwa hantar gambarnya sendiri berbogel kepada pelajar perempuan

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?