Kelihatan mensasar kesalahan kepada Anwar, dikhuatiri peguam mentafsir perlembagaan mengikut selera dan kepentingan politik pelanggan

Bila peguam profesional bercakap menjurus kepada kepentingan selera politik pihak tertentu

Inilah yang dibimbangi orang ramai biasa-biasa yang mematuhi undang-undang mengikut pentafsiran mereka yang Arif dalam bidang perundangan.

Dulu, kita selalu dengar pengamal undang-undang bercakap Yang di-Pertuan Agong membuat keputusan selepas mendapat nasihat daripada ahli-ahli panel Lembaga Pengampunan. Sekarang lain pula cerita.

Kita kenal siapa dua peguam berpengalaman ini. Dan siapa pelanggan mereka.

Kelmarin, Malaysiakini melaporkan peguam veteran Encik Mohamed Haniff Khatri Abdullah menyatakan kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk mengampunkan banduan adalah mutlak dan tidak terikat dengan Lembaga Pengampunan. 

Menurutnya, ia diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan, yang memberikan Agong hak prerogatif tunggal untuk memberikan pengampunan kepada mana-mana banduan yang disabitkan kesalahan bagi kes di Wilayah Persekutuan.

Justeru, Haniff memberitahu forum pada hari berkenaan, sebarang keputusan pengampunan oleh Agong adalah sah dan mesti dilaksanakan oleh kerajaan walaupun ia tidak melalui Lembaga Pengampunan.

“Apa yang perlu difahami ialah Agong memegang kuasa mutlak dalam hal (mengurangkan) hukuman.

“...Pada pendapat saya, meski Lembaga Pengampunan ditubuhkan di bawah Perkara 42(5) Perlembagaan Persekutuan, tidak kira sama ada ia bersidang atau tidak, sama ada ia membuat apa-apa nasihat (kepada Agong) atau tidak, dan sama ada nasihat diikuti (Agong) atau tidak, ia tidak mencacatkan mana-mana pengampunan yang diberi oleh Agong.

"Sama ada kita suka atau tidak, itu soal lain, kalau kita tak puas hati, penyelesaiannya bukan untuk kita mengadu atau sembunyikan (apa-apa pengampunan yang diberikan Agong)," katanya pada forum yang diadakan di Kuala Lumpur petang kelmarin, Sabtu 4 Januari 2025.

Menampilkan barisan peguam berpengalaman sebagai ahli panelnya termasuk peguam bela bekas perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, iaitu Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, forum bertajuk 'Pengampunan Diraja: Skop dan Cabaran' banyak menumpukan kepada isu dakwaan titah adendum oleh Yang di-Pertuan Agong sebelum ini, Al Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al Mustain Billah.

Titah adendum yang dikatakan mengandungi titah Sultan Abdullah supaya Najib menjalani baki hukuman penjara sebagai tahanan rumah, tetapi kewujudannya belum disahkan oleh kerajaan dan menyebabkan Najib membawa perkara itu ke mahkamah untuk mendapatkan semakan kehakiman mengenainya.

Tambah Haniff, Lembaga Pengampunan hanyalah formaliti dan tidak menggantikan kuasa Agong.

Menurutnya juga, tidak timbul isu sama ada undang-undang semasa mempunyai peruntukan untuk tahanan rumah.

“...ia tidak ada perbezaan kerana kuasa pengampunan diraja tidak tertakluk kepada mana-mana undang-undang.

“Sama ada undang-undang sudah wujud atau belum wujud, ia tidak ada bezanya dengan kuasa Agong untuk mengampuni.

"Kalau Agong berkata 'Najib Razak akan menjalani baki hukumannya di istana beta' sekali pun, kena terima," kata Haniff.

Sementara itu, Shafee semasa forum berkenaan mendakwa terdapat konspirasi oleh musuh politik Najib untuk menyembunyikan titah adendum yang dikatakan itu.

“Saya hanya boleh mengagak kenapa perintah kedua itu tidak diumumkan, dan saya berani kata, apa-apa sebab pun, saya pasti sebab yang menonjol adalah ada konspirasi supaya Najib ditekan.

"Oleh kerana sebaik sahaja dia berada di rumahnya, ada orang yang takut dia boleh menjadi berpengaruh semula," katanya.

Bagaimanapun, kedua-duanya tidak menyatakan bahawa keputusan dari Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan harus diambilkira.

Mereka juga tidak menyentuh keseriusan kes jutaan ringgit berbanding kes curi Milo dan makanan di pasar raya.



End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Profesor Universiti Malaya didakwa hantar gambarnya sendiri berbogel kepada pelajar perempuan

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?