"Hanya peguam berpengalaman seperti Haniff Khatri sahajalah yang boleh bercakap mengenai Titah Adendum"

Peguam berprofil tinggi, Encik Mohamed Haniff Khatri Abdulla. 

Baru-baru ini, seorang peguam senior yang juga ahli parlimen Pasir Gudang YB Encik Hassan Karim dilaporkan berkata: "...bahawa undang-undang yang tertinggi dipakai di negara kita Malaysia ialah Perlembagaan Persekutuan bukannya dekri atau titah dari Istana". 

Semua ahli politik sama ada pembangkang mahupun penyokong Kerajaan Madani digesa 'mengunci mulut' dan berhenti mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai kes Titah Adendum membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Seperti dilapor sebuah akhbar Bahasa Melayu berpengaruh, peguam berprofil tinggi, Encik Mohamed Haniff Khatri Abdulla menekankan bahawa tindakan itu perlu kerana perbuatan ahli politik yang terus berpolemik dan mengeluarkan kenyataan berdasarkan tafsiran sendiri tanpa pengetahuan peruntukan perlembagaan dan perundangan akan menyebabkan rakyat semakin keliru.

Menurutnya, semua pihak perlu berhenti berbalah dan diminta bersabar menunggu keputusan mahkamah sama ada Titah Adendum berkenaan sahih atau tidak dari sudut perlembagaan dan perundangan.

"Saya mahu menasihatkan semua pemimpin politik dan ahli Parlimen jangan membuka mulut berhubung kes Titah Adendum jika tidak mempunyai pengetahuan khusus mengenai kuasa mutlak Raja-Raja dan Yang di-Pertuan Agong.

"Ini kerana tidak semua rakyat terutama orang kampung mempunyai pengetahuan mengenai bidang perundangan."Jika anda bukan berkelulusan daripada bidang undang-undang bercakap soal Titah Adendum, ia dibimbangi akan mengelirukan rakyat apabila keputusan Mahkamah diputuskan nanti," katanya seperti dipetik akhbar Sinar Harian kelmarin, Rabu 8 Januari 2025.

Dalam pada itu, Haniff Khatri menjelaskan, kuasa pengampunan Agong juga tiada kaitan dengan kaedah pengurangan hukuman yang diperuntukkan di bawah Seksyen 43, 44 dan 46 Akta Penjara 1995 kepada Jabatan Penjara, Lembaga Parol mahu pun Menteri Dalam Negeri.

Ini kerana, tegas beliau, kuasa pengampunan Yang di-Pertuan Agong melangkaui undang-undang sedia ada mahupun yang belum digubal termasuklah Rang Undang-undang Akta Tahanan Kediaman yang bakal dibentangkan Parlimen oleh Kerajaan Madani pada tahun ini.

Tambah beliau, Agong juga mempunyai kuasa mutlak untuk memberikan pengampunan penuh, mengurangkan, menggantung atau melegakan hukuman termasuk denda ataupun tempoh pemenjaraan seseorang banduan tanpa perlu merujuk atau mendapat nasihat daripada Lembaga Pengampunan mahu pun Peguam Negara.

"Baginda mempunyai kuasa prerogatif di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan untuk memberikan pengampunan kepada mana-mana banduan yang disabitkan kesalahan bagi kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

"Kalau ada ahli politik atau anda di luar sana boleh menunjukkan kepada saya bahawa ada peruntukan di bawah Perkara 42 atau mana-mana frasa atau ayat dalam Perlembagaan Persekutuan menunjukkan Agong wajib mengikut nasihat atau merujuk Lembaga Pengampunan atau Peguam Negara terlebih dahulu, sila tunjukkan kepada saya," katanya.

Sehubungan itu, Haniff Khatri berkata, mana-mana pihak yang tidak bersetuju dengan kuasa mutlak Agong untuk memberikan pengampunan, perlu mendesak kerajaan supaya membuat pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan terutama Perkara 42.

End©Permadu


Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Rahayu Mansor


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG  


Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Profesor Universiti Malaya didakwa hantar gambarnya sendiri berbogel kepada pelajar perempuan

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?