Hadi tak perlu berjoget jika jadi PM, kata ulamak kontroversi PAS

Selepas mendapat pelbagai reaksi - termasuk yang negatif - terhadap saranan menamakan Tan Sri Abdul Hadi Awang sebagai calon perdana menteri, ulama kanan PAS, Encik Mokhtar Senik, semalam menjelaskan apa yang terkandung dalam pemikirannya.

Kata Mokhtar dia menamakan Presiden PAS itu sebagai cadangan jika orang ramai mahukan sebuah kerajaan Islam dan negara Islam tertegak di Malaysia.

"Ada satu hal yang mereka gagal faham mengenai status (di media sosial semalam) itu.

"Maksud saya TGHH (Tuan Guru Haji Hadi) paling layak itu jika mahukan sebuah kerajaan Islam dan negara Islam.

"Tapi kalau mahukan sebuah negara sekular, liberal yang macam ada sekarang memanglah TGHH tak layak," Malaysiakini memetik Mokhtar sebagai berkata.

Semalam Mokhtar menamakan Abdul Hadi, 77, sebagai calon perdana menteri yang pada pandangannya mampu membawa wajah baru politik di negara ini.

Antara alasan yang diberikan ahli Jawatankuasa Dewan Ulama PAS Pusat itu ialah, Abdul Hadi memiliki ciri penting untuk seseorang menjadi pemimpin, iaitu berilmu dan bertakwa sehingga dapat mengenal batas di antara halal dan haram, serta pada masa sama mendirik rakyat mengenainya.

Untuk rekod, amalan menamakan calon perdana menteri bukanlah sesuatu yang aneh dalam politik. Ia ada dilakukan dari semasa ke semasa khususnya menjelang kedatangan pilihan raya umum. Antara lain ia bagi memudahkan orang ramai membuat pilihan calon atau parti yang akan disokong.

Bagaimanapun pada 22 Disember 2017 Abdul Hadi pernah menegur tindakan pihak yang menamakan calon perdana menteri lebih awal atas alasan ia bercanggah dengan amalan Rasulullah SAW.

Katanya PAS menolak amalan tersebut kerana menganggap ia mungkin menjadi "bangkai" sahaja.

"Maka, PAS tidak mendahulukan pembentukan kabinet atau melantik siapa bakal perdana menteri, yang bakal menjadi bangkai sahaja.

"Inilah adab yang diajar oleh Rasulullah SAW apabila ketua kabilah Bani Amir yang ditawarkan kemenangan Islam bertanyakan siapa ketua negaranya, lantas baginda SAW bersabda: 'Itu urusan Allah yang menentukan dengan kehendak-Nya'," kata Abdul Hadi dalam kenyataan itu.

Kata Mokhtar dari satu segi memang Abdul Hadi kelihatan uzur seperti yang dibangkitkan oleh sesetengah pihak sehingga menyukarkan dia menjadi pemimpin. Pun begitu, bagi Mokhtar ia bukanlah suatu masalah.

"Tapi kamu kena ingat kerja PM (perdana menteri) bukan berjoget. Kalau nak berjoget-joget tunjuk langit memanglah Tuan Guru tak boleh," katanya lagi.

Al Ustaz Tuan Guru Mokhtar Senik

Untuk rekod, Mokhtar pernah dianggap kontroversi suatu ketika dahulu apabila beliau telah dikaitkan dengan percintaan dalam talian dengan seorang "wanita" sehingga didakwa sampai ke tahap berunsur seks.

End©Permadu


Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Rahayu Mansor


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG  


Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Profesor Universiti Malaya didakwa hantar gambarnya sendiri berbogel kepada pelajar perempuan

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?