Dengar Ini Cerita — Gurindam Adendum

Kalau yang curi makanan di pasar raya pun masuk penjara, inikan pula...

Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak tetap kembali ke penjara kerana sesi mahkamah rayuan siang tadi hanya untuk mengesahkan kewujudan titah adendum dari Istana Pahang tersebut, yang mana kes ini akan dikembalikan ke mahkamah tinggi untuk pihak kerajaan pula "menjawab" semakan kehakiman. So, it's not over yet. Kena bicara balik di mahkamah tinggi.

Semakan kehakiman yang akan dilaksanakan nanti juga akan menjawab pertanyaan adakah titah adendum (titah arahan tambahan) itu boleh dilaksanakan jika ia dibuat di luar Lembaga Pengampunan Diraja? Adakah ia termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan?

Seperti kata seorang peguam senior yang juga ahli parlimen Pasir Gudang YB Hassan Karim baru baru ini: "bahawa undang-undang yang tertinggi dipakai di negara kita Malaysia ialah Perlembagaan Persekutuan bukannya dekri atau titah dari Istana". Saya jarang bersetuju dengan Pak Hassan Karim tapi kali ini saya fikir dia bercakap berdasarkan undang-undang negara.

Sesi semakan kehakiman nanti juga akan menjawab sama ada konsep tahanan di rumah itu wujud atau tidak dalam Perlembagaan Persekutuan serta batas kuasa Pejabat Peguam Negara untuk menentu-sahkan arahan dari istana agar ia tidak melanggar Perlembagaan Persekutuan.

Tiada soal siapa sorok titah adendum itu kerana tiada mana-mana pihak dalam kabinet Kerajaan Madani menafikan kewujudan titah tersebut selama ini. Namun hakim mahkamah tinggi sebelum ini memutuskan bahawa titah adendum itu hanyalah "hearsay" (khabar angin) kerana ia tidak didukung oleh surat dari istana Pahang as a primary source seperti yang telah dibentangkan di mahkamah rayuan hari ini.

Kita sebagai rakyat Malaysia juga perlu menghormati titah terkini dari YDPA sekarang selaku Ketua Negara bahawa semua rayuan atau permohonan untuk mengurangkan atau meminda apa-apa hukuman bagi banduan hendaklah dilaksanakan melalui Lembaga Pengampunan Diraja. Oleh itu tidak patut ada sebarang desakan terhadap kerajaan atau pemerintah oleh mana-mana pihak banduan dalam soal ini.

Kerajaan Perpaduan (Madani) yang terbina atas cadangan YDPA ketika pasca PRU15 lalu (DYMM Sultan Pahang) masih kekal utuh buat kerja seperti biasa. PAS-PN dan pihak-pihak tertentu yang menunggang isu adendum ini telah gagal untuk menjana tsunami politik sepertimana era Reformasi 1998 dahulu apabila kehadiran mereka di Putrajaya tidak mencapai sasaran walaupun tiada FRU yang menganggu.

Saya sepertimana pendirian majoriti rakyat marhaen negara ini di luar sana tanpa mengira kaum, agama dan status sosial tetap berpendirian bahawa tempat banduan adalah di penjara bukan di rumah. Dan tidak patut wujud "double standard" dalam proses penghukuman serta tindakan undang-undang antara rakyat biasa dengan golongan elitis dalam sistem keadilan negara kita.


Dimuatnaik dan adaptasi dari hasil tulisan MUHAMMAD FAIZ NA’AMAN, ahli PKR dan bekas ahli majlis pimpinan teringgi Bersatu. Artikel asal dipetik dari siaran Malaysiakini bertarikh Isnin 6 Januari 2025.

End©Permadu


Adaptasi oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Rahayu Mansor


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG  


Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Profesor Universiti Malaya didakwa hantar gambarnya sendiri berbogel kepada pelajar perempuan

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?