Berbalah sama sendiri pasal air, Singapura juga yang untung

Mahathir jawab dakwaan Fadilah dia tidak berbuat apa-apa urusniaga berat sebelah penjualan air kepada Singapura

Malaysiakini melaporkan Tun Dr Mahathir Mohamad membidas pihak yang mempertikaikan kritikannya terhadap perjanjian penjualan air Malaysia-Singapura dengan mempersoalkan tindakannya semasa menjadi perdana menteri.

Katanya, semasa menjadi perdana menteri kali pertama dia telah berkali-kali berunding soal perjanjian itu, termasuk penjualan harga rendah 3 sen untuk 1,000 gelen air kepada Singapura.

Ketika memimpin kali kedua pada 2018 pula, katanya, dia membangkitkan isu itu kepada Encik Lee Hsien Loong dan perdana menteri Singapura ketika itu bersetuju untuk berunding.

Malah, Mahathir juga berkata, sebelum meletakkan jawatan pada 2003, kerajaan memperuntukkan pembangunan loji penapisan air supaya Johor tidak perlu lagi membeli air terawat dari Singapura.

“Jika ini dibangun soal kenaikan harga air tapis dari Singapura tidak timbul.  

“Saya tidak tahu kenapa loji ini tidak didiri. Selepas saya letak jawatan projek jambatan bengkok dan landasan kembar keretapi juga digugur,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof semalam mendedahkan bahawa kerajaan sedang meneliti semula semua perjanjian penjualan air mentah kepada Singapura.

Menjawab dakwaan Mahathir bahasa kerajaan memberi “subsidi” kepada Singapura, dia mempersoalkan kembali apa tindakan Mahathir ketika menjadi perdana menteri.

Bina loji tapisan sendiri

Sementara itu, dalam kenyataan hari ini, Mahathir berkata, tidak ada sebab kenapa loji tapis itu tidak boleh didirikan sekarang.  

Jika itu dilakukan, katanya, ancaman Singapura menaikkan harga air tapis bukan masalah.  

“Tetapi hakikatnya kerajaan sekarang tidak lagi cuba tangani beberapa masalah yang ada dengan Singapura termasuk masalah ruang udara Malaysia, jabatan bengkok dan Central Provident Fund Singapura.  

“Sebaliknya perjanjian baru dibuat yang lebih menguntungkan Singapura,” katanya.

Sebelum ini dilaporkan Singapura setuju menaikkan bayaran kepada 45 sen bagi setiap 1,000 gelen hingga 2011, dan 60 sen mulai 2011 hingga 2061 selama 100 tahun.

Bagaimanapun, Malaysia mahu Singapura membayar 60 sen bermula 2001 hingga 2007 dan RM3 hingga 2011. Tuntutan ini ditolak Singapura.

End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Kwai Fong Chin


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG   

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Profesor Universiti Malaya didakwa hantar gambarnya sendiri berbogel kepada pelajar perempuan

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?