Bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Malaysia ditemui selamat selepas dilapor hilang
Tiada masalah serius, polis percaya Tan Sri Sheriff sekadar terlupa jalan pulang
Akhbar Sinar Harian melaporkan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Malaysia, Tan Sri Mohd Sheriff Mohd Kassim (gambar, atas) ditemukan selamat di kawasan pusat beli-belah di ibu kota selepas dilaporkan hilang pada Ahad 19 Januari 2025.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, laporan kehilangan individu terbabit sebelum itu dibuat oleh ahli keluarganya.
Individu ini sebelum itu dilaporkan hilang pada jam 8.40 malam bagaimanapun beliau kemudiannya ditemui semula pada jam 9.30 malam.
"Beliau ditemui di sekitar kawasan pusat beli belah di sekitar Kuala Lumpur oleh rakannya dan dipercayai terlupa jalan pulang," katanya kepada akhbar berkenaan kelmarin.
Terdahulu, tular satu hantaran di media sosial yang dimuat naik oleh seorang individu memaklumkan mengenai kehilangan Mohd Sheriff.
Hantaran berkenaan memaklumkan bahawa Mohd Sheriff dilaporkan hilang selepas dipercayai keluar dari kediamannya.
Bagaimanapun, pemerhatian mendapati hantaran terbabit kemudiannya dipadamkan selepas Mohd Sheriff difahamkan telah berjaya ditemui semula.
End©Permadu
Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.
Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.
Comments
Post a Comment