Allah hakim sebenar, kata Ketua Hakim Negara yang akan bersara Julai ini

Satu sumber berkata Tengku Maimun menangis, berendam air mata kerana dilabel musuh Islam, sedangkan itu bukanlah dirinya 

Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, yang akan bersara wajib pada Julai ini, mengingatkan mereka yang mmfitnahnya sebagai musuh Islam bahawa “Allah adalah hakim yang sebenar.”

Demikian media tempatan melaporkan hari ini.

"Saya dikritik, difitnah, dilabel sebagai tidak Islam atau musuh Islam, dan suami saya (secara tidak adil) digunakan terhadap saya dalam beberapa permohonan bukan saja untuk meminta saya diketepikan (bagi mengadili perbicaraan) tetapi secara lebih umum untuk memalukan saya dan rakan saya.

"Tiada satu pun daripada mereka yang akan atau pernah dapat menembusi ujian hati nurani saya dan segala puji bagi Allah, saya tidak pernah bimbang disebabkan komen-komen ini,” Malaysiakini memetik Tengku Maimun sebagai berkata dengan penuh emosi pada majlis Pembukaan Tahun Perundangan 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.

Tengku Maimun merujuk kepada reaksi terhadap keputusan bersejarah Mahkamah Persekutuan tahun lalu, yang memutuskan 16 peruntukan jenayah syariah Kelantan terbatal kerana melampaui kuasa negeri dan tidak mematuhi Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, keputusan itu dibuat berdasarkan undang-undang dan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

“Itu sahaja asasnya. Namun, anda pasti menyedari bahawa sesetengah pihak memutarbelitkan keputusan itu sehingga kelihatan seperti badan kehakiman atau beberapa hakim, termasuk saya, adalah anti-Islam. Malah, ada yang mempersoalkan keimanan saya sebagai seorang Muslim.

“Saya bangun setiap hari berdoa dan berharap agar Allah Yang maha pemurah lagi maha penyayang menerima ibadah dan amal saya. Bukan hak saya untuk mempersoalkan keimanan orang lain kerana saya sendiri tidak akan tahu, sehingga Hari Penghakiman, sama ada Allah menerima ibadah saya,” tambahnya.

Berbalik kepada pengkritiknya, Tengku Maimun, menegaskan bahawa dia tidak akan merendahkan diri dengan serangan tidak berasas, dan mencadangkan agar mereka merenung secara rohani.

“Respon saya kepada mereka adalah bagi anda yang mempunyai masa untuk mempersoalkan iman orang lain, adakah anda cukup yakin bahawa Allah menerima ibadah dan amalan anda sehingga anda kini boleh mempersoalkan ibadah saya dan orang lain?" soalnya.

Pada Februari tahun lalu, Tengku Maimun, yang mengetuai panel sembilan hakim, menyampaikan keputusan majoriti 8-1 dalam cabaran perlembagaan yang difailkan oleh peguam Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan anak perempuannya, Tengku Yasmin Nastasha Abdul Rahman.

End©Permadu


Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Rahayu Mansor


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG  


Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Profesor Universiti Malaya didakwa hantar gambarnya sendiri berbogel kepada pelajar perempuan

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?