Penyanyi dirakam berbogel kesal privasinya diceroboh

Penyanyi dakwa gambarnya sedang berbogel dirakam penguatkuasa MBSJ yang dipercayai nakal

Penyanyi rap yang agak seksi Zamaera mendakwa seorang pegawai lelaki Majlis Bandar Raya Subang Jaya (MBSJ) merakam gambarnya tanpa pakaian semasa serbuan di sebuah rumah urut, kelmarin.

Zamaera atau nama sebenarnya Sharifah Zamaera Syed Zafilen Al Edros mendakwa privasinya diceroboh ketika dia menjalani sesi urutan di pusat urut di SS14.

Dakwanya, pegawai itu mencuri-curi rakam gambarnya yang ketika itu sedang meniarap di atas tilam dengan bahagian belakangnya terdedah sampai ke pangkal punggung.

Dia berkata cuma berseluar dalam ketika diurut oleh seorang tukang urut wanita.

“Saya terdengar tirai di bilik saya ditarik, dan apabila saya pusing, saya nampak seorang lelaki berkaca mata hitam pegang telefon bimbit dan rakam saya,” Malaysiakini memetik Zamaera sebagai berkata menerusi hantaran di Instragram.

Dia kemudian berkata cuba mendapatkan penjelasan namun tiada seorang pun mengaku berbuat demikian.

Zamaera membuat laporan polis dan aduan kepada MBSJ, serta menuntut permohonan maaf daripada pegawai terbabit.  

Dia menyeru prosedur serbuan MBSJ disemak semula kerana bimbang berlaku pencabulan privasi serta terdapat kemungkinan penyalahgunaan kuasa.  

End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Kwai Fong Chin


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG   

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

It sounds exaggerating but it could be true—Malaysia is gangster paradise