Fitnah dijunjung, kebenaran dilelong
Selain kes profesor berbogel, ini satu lagi kes PhD bodoh, bangang dan bahalol!
Tindakan Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang menggunakan hujah agama secara terpilih untuk mempertahankan tindakan ahli partinya sangat tidak bertanggungjawab, Malaysiakini memetik kata-kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Tegasnya, perilaku sebegitu akan mencalitkan wajah hodoh kepada citra Islam yang indah.
“Prinsip berpolitik dalam Islam cukup jelas. Tegakkan makruf, tolak kemungkaran, berlaku adil dan elak berbuat zalim, bina sifat mahmudah (terpuji) jauhi sifat mazmumah (keji). Hadi cukup arif bab ini.
“Namun, kenyataan Hadi jelas percubaan terdesak mempertahankan mungkar, mendokong sifat mazmumah dan membela kezaliman dengan mengerah ahli-ahlinya menderma untuk melepaskan Dr Siti Mastura Muhammad yang terang-terang melakukan fitnah,” beliau dipetik memberitahu portal berkenaan.
Saifuddin mengulas kenyataan Hadi mempertahankan usaha kutipan derma PAS membantu Ahli Parlimen Kepala Batas Puan Siti Mastura untuk membayar RM825,000 dalam bentuk ganti rugi kepada pemimpin DAP.
Semalam, Abdul Hadi berkata Islam mengajarkan umatnya untuk mengambil tanggungjawab atas kesilapan yang dilakukan oleh anggota sesuatu kumpulan.
"Begitulah PAS mengambil tanggungjawab atas ketelanjuran ahlinya yang membuat apa-apa tindakan yang salah, sehingga dihukum dengan bayaran atau denda," katanya.
"Percayalah bahawa sumbangan kita bersama Islam dalam semua perkara adalah jihad," kata Hadi.
Ini selepas Siti Mastura (gambar atas sekali) kalah dalam kes saman fitnah kerana menuduh Tan Sri Lim Kit Siang dan Encik Lim Guan Eng mempunyai kaitan dengan pemimpin Parti Komunis Malaya (CPM) mendiang Chin Peng manakala Puan Teresa Kok pula mempunyai kaitan dengan keluarga Lim.
Menurut satu pekeliling dalaman PAS, pemimpin Jawatankuasa Pusat PAS, ketua negeri, kawasan dan cawangan diwajibkan menderma sekurang-kurangnya RM500 setiap seorang.
PAS negeri serta sayap di peringkat pusat, negeri dan kawasan pula setiap satu diminta mengumpulkan derma sekurang-kurangnya RM20,000.
Mastura telah diberikan penangguhan sementara pelaksanaan pembayaran ganti rugi sementara menunggu perbicaraan mahkamah pada akhir Januari untuk mendapatkan penangguhan penuh terhadap hukuman tersebut.
Seolah Islam sokong fitnah
Dalam pada itu, Saifuddin berkata menderma untuk membela pemfitnah dengan hujah agama membawa tanggapan tidak baik seolah-olah agama Islam mendokong amalan fitnah.
“Perbuatan seperti inilah yang ditolak oleh Islam kerana dianggap asobiyah yakni mempertahankan puak sendiri walau jelas melakukan kesalahan.
“Saya mengajak umat Islam di negara ini menilai dengan matang menggunakan neraca agama bukannya menilai berpandukan hujah orang yang dikatakan alim agama lebih-lebih lagi memakai baju politikus,” katanya.
Hari ini, Abdul Hadi menegaskan PAS terpaksa menghadapi beberapa tindakan yang menyusahkan parti itu sejak selepas merdeka sehingga sekarang.
"Seperti tekanan politik, ekonomi, pentadbiran dan media.
"Setiap penyumbang kepada PAS dianggap salah atau dipermainkan, sehingga terhadap ahli PAS yang miskin yang menyumbang sedikit duit juga dipermainkan dengan kenyataan lisan, tulisan, atau sindiran karikatur," katanya kesal.
End©Permadu
Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.
Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.
Comments
Post a Comment