Fikir sendiri logik atau tidak alasan Najib jumpa Jho Low untuk minum teh sahaja

Mantan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak memberi keterangan kepada mahkamah bahawa pelayaran kapal layar keluarganya bersama Jho Low pada tahun 2009 di perairan selatan Perancis hanyalah untuk menikmati minum teh petang, media melaporkan semalam.

Kata Najib pelayaran santai itu bukan untuk merancang komplot jahat menyelewengkan dana daripada 1MDB.

Menurut Malaysiakini, bekas perdana menteri itu pada petang semalam menyangkal dakwaan pihak pendakwaan yang menuduh rancangan menyelewengkan berbilion ringgit dana daripada 1MDB telah dirancang semasa pertemuan dengan Putera Turki, Encik Tarek Obaid - dua pengasas bersama Petrosaudi International Limited (PSI) - dan ahli perniagaan dalam buruan, Encik Low Taek Jho (Jho Low).

“Saya menafikan secara mutlak tuduhan yang dibuat oleh saksi pendakwaan. Pertemuan saya dengan Putera Turki, Tarek Obaid, dan Jho Low semasa minum teh petang itu sepenuhnya bersifat tidak formal dan langsung tidak seperti yang didakwa.

“Sebaliknya, itu kali pertama saya bertemu dengan Putera Turki dan Tarek Obaid.

“Idea kami sedang berbincang mengenai rancangan jahat itu sesuatu yang bukan sahaja mengarut tetapi juga tidak berasas sama sekali.

“Jika ada agenda tersembunyi atau niat jahat, saya pasti tidak akan membenarkan gambar-gambar kami diambil yang menunjukkan kami bersama dalam suasana yang begitu santai. 

"Cadangan kami merancang sesuatu yang tidak jujur ketika keluarga dan rakan-rakan saya hadir adalah tidak masuk akal dan agak tidak wajar,” kata Najib semasa perbicaraan kes penyalahgunaan kuasa dan pengubahan wang haram melibatkan RM2.27 bilion dana 1MDB.

Pihak pendakwaan berhujah segala tindakan Low dalam 1MDB dilakukan atas arahan Najib, dengan merujuk sekeping gambar tersebar luas yang menunjukkan ahli perniagaan dalam buruan itu bersama bekas perdana menteri dan keluarganya semasa percutian di perairan Perancis.

Namun, bekas ahli parlimen Pekan menegaskan dia tidak mengetahui sebarang salah laku dalam syarikat pelaburan negara itu. Menurutnya, penyelewengan berkenaan sepenuhnya dilakukan oleh Low dan anggota pengurusan 1MDB.

Najib membela dirinya terhadap empat pertuduhan salah guna kuasa membabitkan RM2.3 bilion dana 1MDB bersama 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah yang sama.

Pada 30 Oktober, Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah memerintahkan Najib untuk membela diri atas kesemua 25 pertuduhan, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap bekas perdana menteri itu bagi kesemua pertuduhan pada akhir kes pendakwaan.

Menurut Sequerah keterangan lisan saksi pendakwaan menunjukkan hubungan dekat di antara Najib dan Jho Low dalam urusan berkaitan 1MDB.

Katanya saksi - seperti bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, bekas peguam Puan Jasmine Loo, dan bekas pegawai khas Najib, Encik Ahmari Efendi Nazaruddin - menunjukkan mereka berinteraksi dengan Jho Low.

Merujuk kepada pembabitan Najib dengan Jho Low, hakim itu berpendapat, keterangan saksi mengenainya adalah konsisten, dan bukannya berlaku secara kebetulan.

Hakim itu juga berpendapat Najib berada di kedudukan tertinggi untuk membuat sebarang keputusan mengenai 1MDB.

Hakim menegaskan apabila skandal 1MDB terdedah pada 2015, Najib tidak membuat sebarang laporan polis berhubung perkara itu, termasuk berhubung dakwaan penglibatan Jho Low dalam kes tersebut.

Sequerah antaranya turut menyentuh bagaimana menteri kewangan kedua ketika itu Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah diketepikan apabila dia membangkitkan kebimbangan mengenai usaha sama yang dimeterai 1MDB.

Najib kini menjalani hukuman penjara selama enam tahun sejak 23 Ogos 2022 berhubung kes rasuah RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Pada 27 November lalu, Najib dan bekas ketua setiausaha perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) atas enam pertuduhan pecah amanah (CBT) membabitkan Wang berjumlah  RM6.6 bilion.

End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh



Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Dipaksa kahwin atas arahan Nabi Muhammad SAW dan Abuya? Mengarut!

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?