Alhamdulillah, Musa Aman diberi kesembuhan untuk berbakti sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah ke-11

FLASHBACK: Pada 21 Ogos 2018, keadaan mantan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman, yang menerima rawatan di Hospital The Clementine Churchill di London.
Gambar Berita Harian oleh Ihsan Mohd Joh Wid

Agensi berita nasional BERNAMA melaporkan Tun Musa Aman hari ini menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim atas perkenan mengurniakan Surat Cara Pelantikan sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah ke-11 pada istiadat di Istana Negara, hari ini.

Sultan Ibrahim (kiri) berkenan bergambar bersama Musa Aman selepas Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Yang Dipertua Negeri Sabah ke-11, di Istana Negara, hari ini.
Gambar Bernama

Menerusi hantaran di Facebook, bekas Ketua Menteri Sabah itu turut menzahirkan kesyukuran atas pelantikan tersebut dan mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Musa, 73, dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah mengikut Perkara 1 Perlembagaan Negeri Sabah, bagi tempoh empat tahun bermula 1 Januari 2025 hingga 31 Disember 2028.

Pelantikan Musa adalah bagi menggantikan Tun Juhar Mahiruddin yang akan menamatkan tempoh perkhidmatan pada 31 Disember ini, selepas menyandang jawatan itu selama empat penggal bermula 1 Januari 2011.

Pada istiadat sama, Musa turut dikurniakan darjah kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara yang membawa gelaran Tun.

Sementara itu, Hajiji turut mengucapkan tahniah kepada Musa atas perlantikan tersebut dan berharap Musa akan dapat memberi khidmat bakti dalam membangunkan Sabah.

Ketika ditemui selepas istiadat berkenaan, Hajiji turut mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terhadap Juhar atas khidmat bakti sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah selama 14 tahun.

"Penghargaan yang setinggi-tingginya kepada Tun Juhar atas khidmat bakti sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah yang paling lama berkhidmat di Sabah selama 14 tahun.

"Dengan demikian, tentu bakti, jasa Tun (Juhar) begitu besar kepada rakyat dan saya bagi pihak kerajaan serta rakyat Sabah mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tun Juhar," katanya.

End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh



Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Dipaksa kahwin atas arahan Nabi Muhammad SAW dan Abuya? Mengarut!

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?