TV3 pindah dari Sri Pentas ke New Straits Times
Balai Berita New Straits Times Press (NSTP) yang terletak di Bangsar, Kuala Lumpur. |
Media melaporkan hari ini, operasi berita rangkaian televisyen Media Prima Berhad (Media Prima) akhirnya melabuhkan tirai daripada bersiaran di Sri Pentas, Bandar Utama semalam, Ahad 20 Oktober 2024..
Media Prima melabuhkan tirai daripada bersiaran di Sri Pentas. Gambar Instagram, Rizalhakimm |
Selepas beroperasi lebih tiga dekad di Sri Pentas, Media Prima secara rasmi bersiaran penuh di Balai Berita New Straits Times Press (NSTP) yang terletak di Bangsar mulai hari ini, Isnin 21 Oktober.
Kini rangkaian televisyen berkenaan bakal bekerja di bawah satu bumbung dengan semua platform media The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) yang menempatkan jenama di bawah Media Prima seperti Berita Harian, Harian Metro dan New Straits Times.
Perpindahan operasi bagi saluran TV3, TV8, TV9 dan Didik TV ke premis baharu itu telah menawarkan studio dengan peralatan baharu adalah langkah yang relevan untuk bergelar sebagai syarikat media yang inklusif di Malaysia.
End©Permadu
Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.
Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.
Comments
Post a Comment