Selepas pilih kereta rasmi tempatan, Prabowo dijangka naik kapalterbang kelas ekonomi

Presiden Indonesia kelapan, Prabowo Subianto menaiki kenderaan presiden khas, MV3 Garuda Limousine, yang dihasilkan oleh syarikat senjata milik negara, PT Pindad, dari Kompleks Perundangan Senayan ke Istana Negara di Jakarta semalam, Ahad 20 Oktober 2024, BERNAMA memetik laporan Agensi Berita Indonesia, Antara.

TEMAN SEJATI

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri) mengucapkan tahniah kepada Prabowo Subianto atas pelantikannya sebagai Presiden baharu Indonesia. Gambar BERNAMA

Prabowo menaiki MV3 Garuda atau Maung Garuda berwarna putih selepas upacara angkat sumpah di Kompleks Parlimen Senayan. Ini adalah kali pertama kenderaan presiden itu diperkenalkan kepada umum, lengkap dengan plat kenderaan bertulis "Indonesia 1".

"Sudah tentu, kami berbangga kerana kenderaan terbaru kami, MV3 Garuda Limousine, hasil kerja anak bangsa, digunakan dalam saat bersejarah ini," kata pengarah urusan PT Pindad, Abraham Mose dalam satu kenyataan.

Beliau turut menyatakan terima kasih kepada Prabowo atas kepercayaan yang terus diberikan kepada PT Pindad.

Sementara itu, pengarah teknologi dan pembangunan PT Pindad, Sigit P. Santosa berkata Prabowo akan menjadi orang pertama yang menggunakan kenderaan buatan dalam negara itu.

Maung Garuda merupakan SUV 4x4 taktikal ringan yang direka untuk menyokong operasi pertempuran jarak dekat dan mengharungi laluan yang sukar.

Berdasarkan laman rasmi Pindad, Maung direka untuk kebolehgerakan yang tangkas dan boleh dipercayai bagi menyokong mobiliti penggunanya dalam pelbagai bidang operasi.

SUV ini mempunyai kelajuan selamat 120 kilometer sejam, transmisi manual enam kelajuan dan jarak perjalanan sehingga 800 km.

Maung boleh dilengkapi dengan pendakap senjata 7.62 mm, konsol senjata SS2 V4, peranti navigasi GPS, penjejak kenderaan dan peralatan lain.

Kereta empat penumpang itu seberat 2,160 kilogram dan boleh diubah suai untuk pelbagai kegunaan.

Bagaimanapun, kenderaan untuk Prabowo diubah suai dengan gaya Eropah yang dilengkapi rim krom. Di belakangnya, terdapat logo "GARUDA".

Prabowo sering dirujuk dengan nama kod "Garuda".

Sementara itu, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam satu kenyataan, dilaporkan berkata Prabowo adalah teman sejati.

End©Permadu


Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Rahayu Mansor


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG  


Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Guna air-air janggut, kaki, rambut dan gigi dalam masakan tidak benar, kata pemilik, pembimbing rangkaian restoran

Jokowi, anak beranak, ipar dan menantu cuba kontrol Indonesia — rakyat hilang sabar, mula membenci Jokowi, berdemo, membakar

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah