RUU menteri agama bawa risiko ramai umat Islam di Wilayah Persekutuan jadi kafir secara automatik

Malaysiakini semalam melaporkan Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengkritik keras menteri agama Datuk Seri Dr Mohd Na'im Mokhtar berkaitan Rang Undang-Undang (RUU) Mufti Wilayah Persekutuan 2024.

Asri berkata kebanyakan besar umat Islam tidak faham berkaitan ajaran Ashairah dan Maturidiyyah yang ingin dijadikan sebagai identiti Ahli Sunnah wal Jamaah. Malah, beliau mendakwa, Na'im sendiri belum tentu faham berkaitan perkara itu.

“Saya berani katakan, insya-Allah, menteri Agama yang beriya-iya nak mensyaratkan akidah rakyat dengan syarat-syarat itu pun kurang faham. 

“Saya boleh buktikan, insya-Allah, jika saya diberikan ruang secara terbuka disaksikan rakyat untuk bersoal-jawab dengan beliau berkaitan beberapa soalan tentang Ashairah, Maturidiyyah, al-Junaid dan al-Ghazali itu. 

“Jika beliau benar, beliau dahululah buktikan beliau faham sebelum beliau ingin memaksa rakyat. 

“Jika beliau sendiri tidak mampu, apakah beliau mahu menyesatkan akidah rakyat awam yang akhirnya menyesatkan diri?” soalnya.

Kelmarin, Encik Muhamad Razak Idris, Setiausaha politik kepada Na'im, memberi isyarat sedia menyambut pelawaan Asri untuk membincangkan isu berkaitan RUU yang akan dibacakan kali kedua pada sesi parlimen bulan ini.

Katanya, pejabat menteri dan agensi bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) terbuka mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak bagi mendapatkan input, syor dan pandangan untuk memartabatkan pentadbiran hal ehwal Islam.

Dua puluh empat jam sebelum itu, Malaysiakini melaporkan Asri–pengkritik lantang dan antara terawal berbuat demikian–mengajak Na'im berdialog secara terbuka bagi membincangkan perkara itu.

Asri antaranya menentang penyempitan tafsiran Ahli Sunnah kepada ajaran Ashairah dan Maturidiyyah dan tasawuf cara imam Junaid al-Baghdadi dan al-Ghazali.

Ramai jadi penganut ‘ajaran sesat’?

Sementara itu, dalam kenyataan semalam, Asri juga mengulas panjang berkaitan wacana berkaitan akidah Ahli Sunnah.

Katanya, RUU itu akan menjadikan keislaman seseorang di Wilayah Persekutuan tidak dianggap mencukupi, terkeluar daripada Ahli Sunnah dan “menganut ajaran sesat”. 

Beliau juga berkata untuk mengikuti mazhab akidah seperti Ashairah dan Maturidiyyah, tidak memadai sekadar mengetahui nama pengasas dan satu dua isu teologi sahaja. 

Sebaliknya, katanya, perbahasan akidah berkaitan qidam, azali, jisim, jauhar, masa, tempat dan beberapa teori serta andaian hukum fizik yang pelbagai perlu difahami.

“Jika dalam perkara amalan (fekah) seseorang boleh sekadar mengikut (bertaqlid) tetapi bab kepercayaan (akidah) tidak boleh. 

“Bahkan mengikut sebahagian tokoh-tokoh besar Ashairah sesiapa yang gagal mendatang bukti keimanan kepada Allah seperti hujah-hujah Ashairah maka imannya tidak sah. 

“Dalam erti kata lain, dia menjadikan kafir,” katanya.

Asri berkata dia percaya sekurang-kurangnya 97 peratus orang Islam di negara itu tidak mampu memahami perbahasan Akidah Ashairah dan Maturidiyyah ini. 

Katanya, majoriti Umat beriman secara fitrah seperti yang berlaku pada generasi awal Islam ketika era Nabi Muhammad dan sahabat baginda.

“Contohnya, orang awam mengatakan al-Quran kalam (firman) Allah. Mereka tidak memikirkan untuk menetapkan al-Quran yang dibaca itu bukan kalam Allah yang hakiki, kerana ia adalah makhluk, sebaliknya kalam Allah ialah kalam nafsi iaitu kalam yang ada pada zat Tuhan. 

“Semua hal ini membingungkan orang awam. Apakah mereka akan dihukum sesat kerana gagal memahami hal itu?”

Dia justeru bimbang era kafir-mengkafir sesama umat akan bermula? 

“Sesat menyesatkan akan menjadi agenda kerajaan? Rakyat akan diuji keabsahan akidah mereka? 

“Atau, mungkin selepas ini akan dicadangkan dimasukkan ke kad pengenalan, Agama: Islam Ashairah Maturidiyyah Junaid dan Ghazali,” sindirnya.

End©Permadu


Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Rahayu Mansor


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG  


Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Guna air-air janggut, kaki, rambut dan gigi dalam masakan tidak benar, kata pemilik, pembimbing rangkaian restoran

Jokowi, anak beranak, ipar dan menantu cuba kontrol Indonesia — rakyat hilang sabar, mula membenci Jokowi, berdemo, membakar

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah