Mengapa nak tunggu Tuan Ibrahim, kan PN pernah memerintah dulu dan dilabel Kerajaan Gagal?

Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Presiden PAS

Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berpandangan parti pembangkang tidak perlu membentangkan bajet bayangan mereka.

Portal berita popular Astro Awani yang sempat menemui Tuan Ibrahim kelmarin memetik beliau sebagai berkata pihak yang ingin melihat bajet alternatif perlu menunggu sehingga Perikatan Nasional (PN) mengambil alih kerajaan.

Menurut Ahli Parlimen Kubang Kerian itu, peranan semak dan imbang pembangkang bukan dilaksanakan melalui penyediaan bajet bayangan.

"Pembangkang berperanan dalam semak dan imbang melalui penilaian bajet, bukan dengan menyediakan bajet bayangan.

“Tanggungjawab menyediakan bajet adalah milik kerajaan, dan pembangkang akan meneliti serta mencadangkan penambahbaikan," katanya kepada portal berkenaan. 

Beliau berkata demikian sebagai respons kepada gesaan Ahli Parlimen Bayan Baru Encik Sim Tze Tzin yang mengajak PN memainkan peranan semak dan imbang dengan mengemukakan bajet bayangan selepas Belanjawan 2025 dibentangkan Jumaat lalu.

Tuan Ibrahim berpendapat, kenyataan Sim mencerminkan kurangnya keyakinan terhadap bajet kerajaan sendiri.

"Saya nampak kenyataan beliau menunjukkan tiada keyakinan terhadap bajet kerajaan, sehingga mahu lihat bajet pembangkang," tambahnya.

Dalam pembentangan di Dewan Rakyat minggu lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan mengumumkan belanjawan tertinggi dengan peruntukan sebanyak RM421 bilion.

Ia meliputi RM335 bilion belanja mengurus, RM86 bilion belanja pembangunan, tidak termasuk RM2 bilion simpanan luar jangka.

End©Permadu


Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Rahayu Mansor


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG  


Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Guna air-air janggut, kaki, rambut dan gigi dalam masakan tidak benar, kata pemilik, pembimbing rangkaian restoran

Jokowi, anak beranak, ipar dan menantu cuba kontrol Indonesia — rakyat hilang sabar, mula membenci Jokowi, berdemo, membakar

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah