Mahathir rasa dihina Zahid Hamidi secara peribadi


Media melaporkan Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, beliau mengemukakan saman fitnah terhadap Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (gambar, atas) kerana kenyataan Timbalan Perdana Menteri itu adalah satu pembohongan.

Dr  Mahathir umpama suci dalam debu

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi memberi keterangan saksi berhubung saman terhadap Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. GAMBAR NSTP OLEH HAZREEN MOHAMAD

Dr Mahathir yang memberi keterangan sebagai plaintif dalam kes saman terbabit di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, berkata kenyataan Presiden UMNO itu menggambarkan seolah-olah beliau bukan Mahathir Mohamad.

"Saya memfailkan saman ini kerana beliau menghina saya secara peribadi dengan membangkitkan isu 'kutty' yang menyentuh keturunan saya.

"Masyarakat Melayu tidak meletakkan 'anak lelaki' sebaliknya menggunakan perkataan 'bin' pada nama.

"Mana-mana orang bodoh pun akan faham beliau hendak menggambarkan bahawa saya bukan seorang Melayu, dengan menggunakan perkataan 'anak lelaki Iskandar Kutty'.

"Semua kenyataan beliau adalah bohong. Tujuan beliau adalah untuk menunjukkan saya berpura-pura bahawa saya adalah Mahathir Mohamad," Berita Harian memetik Dr Mahathir sebagai berkata.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, tindakan undang-undang diambil tiga bulan selepas Ahmad Zahid menyamannya pada April 2022.

Ketika disoal balas peguam Mohd Shahrul Fazli Kamarulzaman mewakili Ahmad Zahid, Dr Mahathir sekali lagi menegaskan 'Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty' yang didakwa tertera pada kad pengenalan birunya, adalah tidak benar.

Pada prosiding itu, Mohd Shahrul Fazli turut mempertikaikan mengapa Dr Mahathir mengambil masa lima tahun untuk memfailkan saman terhadap Ahmad Zahid.

Dr Mahathir berkata, beliau mempunyai hak mengemukakan tindakan saman yang didakwa menghinanya kerana masyarakat masih mengingati isu dibangkitkan dan dituturkan oleh Timbalan Perdana Menteri.

Pada 20 Julai 2022, Dr Mahathir, 99, selaku plaintif memfailkan saman itu dengan menamakan Ahmad Zahid, 71, sebagai defendan.

Berdasarkan pernyataan tuntutan, Dr Mahathir berkata, defendan mengeluarkan kenyataan palsu, berbaur fitnah dan berniat jahat dengan sengaja merujuk terus kepadanya ketika Mesyuarat UMNO Bahagian Kelana Jaya pada 30 Julai 2017.

Dr Mahathir percaya dengan sesungguhnya bahawa individu dirujuk defendan dalam kenyataan fitnah sebagai 'orang itu', 'dia' dan 'Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty' jelas merujuk kepadanya secara spesifik.

Dr Mahathir berkata, Ahmad Zahid yang berniat jahat dengan mengeluarkan kenyataan fitnah mendedahkan beliau kepada rasa tidak puas hati dan dibenci masyarakat.

Susulan itu, beliau berkata, kedudukannya sebagai negarawan dan tokoh politik yang berpengaruh di mata dunia dipandang serong.

Dr Mahathir berkata, kenyataan fitnah Ahmad Zahid secara tersirat memberi maksud kredibilitinya untuk memimpin negara dan parti yang mengutamakan orang Melayu secara keseluruhan dipersoalkan dan diragui.

Katanya, ia juga difahamkan beliau adalah pembohong, tidak boleh dipercayai, mementingkan diri, tidak beretika memegang jawatan awam dan tidak layak menjadi pemimpin atau tokoh masyarakat.

Prosiding di depan Pesuruhjaya Kehakiman Encik Gan Techiong bersambung lusa, Rabu 16 Oktober 2024.

End©Permadu


Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Rahayu Mansor


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG  


Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Guna air-air janggut, kaki, rambut dan gigi dalam masakan tidak benar, kata pemilik, pembimbing rangkaian restoran

Jokowi, anak beranak, ipar dan menantu cuba kontrol Indonesia — rakyat hilang sabar, mula membenci Jokowi, berdemo, membakar

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah