Mahathir bukan playboy💝


Pada persediaan rancangan televisyen waktu perdana menteri akan bersara di tahun 2003, Tun Dr Mahathir Mohamad menjawab soalan cepumas daripada seorang wartawan.

Wartawan bertanya, apakah yang membuatkan beliau tertarik dan memilih Tun Dr Siti Hasmah sebagai isteri.

Dr M menjawab dengan selamba: "Sebabnya saya tak ada pilihan." 

Sekali dengar seakan Mahathir menerima Siti Hasmah dalam keadaan terpaksa. Namun apabila dihayati dengan mendalam mesej tersirat, ia membawa erti Mahathir adalah kekasih yang paling setia.

Cinta Mahathir hanya satu. Siti Hasmahlah yang satu. Tiada pilihan lain selain Hasmah yang satu.

Mahathir bukan playboy. Sekali Mahathir jatuh cinta, cintanya tak pernah berubah.

Tun Dr Hasmah Mohd Ali masih kelihatan jelita pada usia 98 tahun.

Dalam perkembangan berkaitan, agak menggemparkan, Dr. Hasmah Mohamad Ali mendedahkan nama sebenarnya adalah Hasmah dan bukannya Siti Hasmah.

"Siti Nurhaliza, Siti itu, Siti ini, saya Hasmah je💝" 

Menurut Utusan Malaysia, Dr. Hasmah membuat pengakuan itu ketika ditemubual dalam podcast ‘Coffee with Ryan’ yang disiarkan dalam Instagram Pusat Perubatan Prince Court, Hasmah berkata, tambahan ‘Siti’ diberikan selepas beliau dan suaminya iaitu bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpindah dari Alor Setar, Kedah ke Kuala Lumpur.

“Saya perlu betulkan, saya bukan Siti. Saya tidak dilahirkan sebagai Siti Hasmah. Saya hanya lahir sebagai Hasmah.

“Ada Siti Nurhaliza, ada Siti itu, ada Siti ini (pada ketika itu). Jadi mereka letakkan nama Siti di depan nama saya. Tetapi saya tidak (Siti Hasmah), saya hanya Dr Hasmah,” tambah wanita berusia 98 tahun itu dalam podcast yang dihoskan Pakar Perunding Gastroenterologi Pusat Perubatan Prince Court, Datuk Dr Ryan Ponnudurai.

Selain pendedahan tersebut, podcast turut menampilkan Dr Mahathir antara lain membincangkan mengenai aspek kesihatan dan rahsia kebahagiaan rumah tangga pasangan tersebut.

Sehubungan itu, Dr Hasmah meminta orang ramai supaya tidak memanggilnya dengan ‘Siti’.

Beliau dan Dr Mahathir sudah berkahwin selama 68 tahun. Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 5 Ogos 1956.

Mereka berpindah ke Alor Setar selepas mendirikan rumah tangga sebelum kembali menetap di Kuala Lumpur.

Dr Hasmah juga adalah doktor perubatan wanita pertama di Malaysia, juga isteri Perdana Menteri keempat dan ketujuh.

Tidak keterlaluan dikatakan perkahwinan Mahathir-Hasmah yang sudah mencecah usia 68 tahun adalah lambang cinta paling berkualiti di abad 20 dan 21.

Cinta Mahathir ternyata berbalas. Jangankan ke Kemboja, ke Ethiopia Hasmah ikut Mahathir.

F  I  O  N  A



End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Guna air-air janggut, kaki, rambut dan gigi dalam masakan tidak benar, kata pemilik, pembimbing rangkaian restoran

Jokowi, anak beranak, ipar dan menantu cuba kontrol Indonesia — rakyat hilang sabar, mula membenci Jokowi, berdemo, membakar

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah