Konsep politik anak-beranak boleh bikin rakyat meluat

Setiausaha Politik Kanan Kepada Perdana Menteri Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin mendedahkan apa yang berlaku ketika malam pilihan raya umum ke-15.

Bagaimanapun perkara itu mengundang kemarahan pemimpin UMNO, demikian Malaysiakini mempersembahkan sebuah drama flashback dalam siarannya hari ini.

Dalam satu wawancara, Shamsul yang tewas dengan majoriti amat tipis, iaitu 348 undi di tangan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Bagan Datuk, berkata dia tidak mencabar keputusan itu demi membentuk kerajaan dengan BN.

Pemimpin PKR itu berkata Anwar menelefonnya pada jam dua pagi, mengucapkan tahniah atas kerja kerasnya.

Bagaimanapun, katanya, dalam politik, organisasi lebih besar daripada individu.

Perkara itu, katanya, membuatkannya tidak mencabar keputusan itu.

Bekas menteri, sekarang pun menteri

Bagaimanapun, pemimpin UMNO Datuk Seri Azalina Othman Said ketika mengulas perkara itu meminta Shamsul memberikan tumpuan kepada kestabilan politik dan mengelakkan membuat kenyataan yang boleh mendatangkan kekeliruan.

Ahli Parlimen Pengerang itu berkata, kenyataan Shamsul itu hanya akan mencetuskan spekulasi tidak wajar dan menimbulkan keraguan rakyat terhadap sistem demokrasi.

“Datuk Seri Shamsul seharusnya berjiwa besar dengan menerima keputusan tersebut dan menggunakan saluran Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengemukakan bantahan sebagai gambaran komitmen terhadap integriti dan profesionalisme politik. 

“Dalam hal ini, saya berpendapat Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, ahli parlimen Bagan Datuk serta semua ahli parlimen BN mempunyai keyakinan penuh terhadap proses demokrasi dan bersedia menerima apa-apa jua keputusan yang dibuat oleh pengundi,” katanya di Facebook.

Sementara itu, Exco Wanita UMNO Nurulhidayah yang juga anak Zahid pula menyindir Shamsul sebagai “terpaling hero”.

“Bila seseorang merasakan terpaling tahu dan terpaling hero, keluarlah pengakuan halusinasi. 

“Kira sekarang ni kau nak kata kaulah korban diri untuk bergabung?” soalnya di media sosial.



End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Guna air-air janggut, kaki, rambut dan gigi dalam masakan tidak benar, kata pemilik, pembimbing rangkaian restoran

Jokowi, anak beranak, ipar dan menantu cuba kontrol Indonesia — rakyat hilang sabar, mula membenci Jokowi, berdemo, membakar

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah