Kerja tak ambil gaji boleh mengundang persepsi rasuah

Seseorang individu yang menggalas tugas besar tanpa mengambil gaji boleh mengundang pandangan serong berunsur rasuah. Kebiasaannya, seseorang yang sudah kaya raya tidak memerlukan gaji kerana kemungkinan dia boleh mendapat wang yang jauh lebih lumayan daripada jawatan yang dipegang itu, berbanding gaji yang tidak seberapa.

Di Dewan Rakyat semalam, media melaporkan ahli parlimen pembangkang membangkitkan persoalan bagaimana Datuk Seri Anwar Ibrahim memperoleh pendapatan jika dia tidak mengambil sebarang gaji daripada jawatan yang disandangnya.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim juga pernah melantik anaknya, Nurul Izzah sebagai penasihat kanan beliau tanpa menerima sebarang gaji.

Perkara itu pada awalnya dibangkitkan Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (PN-Kubang Kerian) yang mencelah ketika Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin membahaskan Belanjawan 2025.

Kata Tuan Ibrahim secara berseloroh, seorang rasul pun diberikan "peruntukan" oleh Allah untuk rezekinya dan keadaan Anwar dianggap "lebih daripada rasul."

"Saya rasa Tambun (Anwar) tak boleh berselindung di sebalik kenyataan dia tak ambil gaji [...] sebab kalau tengok dari segi data yang ada, rasul pun ada peruntukan yang Allah bagi.

"Ini nampak lebih (hebat) daripada rasul ni. Mungkin dia malaikat kut, dia tak makan gaji.

"Atau mungkin dia transfer (pindahkan) saja, dia tak ambik (secara fizikal) tapi dia online," katanya yang menyentuh mengenai isu gaji minimum.

Justeru, kata Timbalan Presiden PAS itu lagi, dia meminta pandangan Hamzah mengenai dakwaan perdana menteri atau anggota kerajaan yang tidak mengambil gaji.

Mengulas pandangan Tuan Ibrahim, Hamzah berkata, dia berpendapat langkah tidak mengambil gaji itu sesuatu yang baik namun mengingatkan agar sikap yang sama perlu diberi terhadap elaun yang diperuntukkan.

"Ia berbeza... gaji tu memang betul (tak diambil), tapi elaunnya bagaimana?" kata Hamzah.

Menurut Ahli Parlimen Larut itu lagi, jawatan di syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) juga menyediakan elaun kepada pegawainya.

"Itu juga harus kita persoalkan. Kalau nak umum (tidak mengambil gaji), umumkan zero income (pendapatan sifar).

"Tapi kalau zero income, dia nak makan dengan apa?

"Kalau dia boleh berdoa - phum! Beras dihantar oleh Kota Raja (Datuk Seri Mohamad Sabu yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan) depan dia, beras tempatan pulak tu, tak apalah.

"Tapi saya ingat, eloklah jangan sampai dia berdoa: Ya Allah Ya Tuhanku, tum! Datang epal depan dia," kata Hamzah berjenaka, seperti dipetik Malaysiakini.

End©Permadu


Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Rahayu Mansor


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG  


Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Guna air-air janggut, kaki, rambut dan gigi dalam masakan tidak benar, kata pemilik, pembimbing rangkaian restoran

Jokowi, anak beranak, ipar dan menantu cuba kontrol Indonesia — rakyat hilang sabar, mula membenci Jokowi, berdemo, membakar

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah