Isu dakwaan rakyat biasa dipukul kerabat diraja

Saranan Tengku Mahkota Pahang tidak dihiraukan pihak berkuasa

Tidak bertindak terhadap kes seperti ini boleh akibatkan Anwar Ibrahim tumbang

Rakyat mula marah

Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah sekali lagi menggesa keadilan ditegakkan untuk Encik Alias Awang, pekerja pembinaan yang didakwa diserang oleh kerabat diraja negeri itu.

“Dia (Alias) rakyat beta, beri keadilan kepadanya sekarang,” Malaysiakini merujuk titah baginda di Instagram semalam, diikuti dengan beberapa hantaran lagi yang juga berkaitan dengan soal keadilan.

Tengku Hassanal mengulas laporan portal berkenaan pada 17 Oktober lalu, berkenaan kekecewaan Alias apabila belum ada tindakan daripada pihak berkuasa walaupun kes itu mengundang perhatian ramai.

“Saya berharap ada pembelaan buat saya. Setakat ini semuanya diam,” katanya kepada portal berita berpengaruh itu.

Terdahulu, Alias mendakwa serangan ke atasnya berlaku di sebuah kandang kuda di Kuantan pada 6 Jun lalu.

Bapa kepada lapan anak itu mendakwa dia dihubungi oleh seorang individu dipercayai orang suruhan anak kerabat berkenaan untuk bertemu dengannya di sana.

Dakwanya lagi, dia kemudian diserang oleh kira-kira 20 orang, termasuk anak seorang Tengku yang melepaskan tembakan ke arah kakinya namun tersasar. 

Dia juga mendakwa peha kanannya ditikam dengan pisau.Alias membuat laporan polis pada 8 Jun lalu.

Tengku Hassanal telah membangkitkan kes ini sebelum ini, dengan menggesa polis mengambil tindakan tegas terhadap kerabat diraja yang didakwa terlibat.

"Tiada sesiapa pun yang lebih tinggi dari undang-undang, termasuk kerabat diraja," titahnya.

End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh



Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Guna air-air janggut, kaki, rambut dan gigi dalam masakan tidak benar, kata pemilik, pembimbing rangkaian restoran

Jokowi, anak beranak, ipar dan menantu cuba kontrol Indonesia — rakyat hilang sabar, mula membenci Jokowi, berdemo, membakar

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah