Jangan hentam Jakim semberono

Di luar bidang kuasa sudah menjadi alasan lazim organisasi kerajaan untuk melepaskan diri dari dipersalahkan – "GISBH bukan bidang kuasa Jakim"

Satu pencerahan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) diharap dapat memecah kekeliruan di kalangan pengkritik dan umat Islam di negara ini berkaitan peranan agensi itu dalam konteks bidang kuasa hal ehwal agama Islam.

Jakim menegaskan agensi itu tidak berperanan dalam penguatkuasaan undang-undang untuk mengambil tindakan ke atas GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH).

Presiden Persatuan Kakitangan Perkhidmatan Ugama (PKPU) Jakim, Datuk Mohd. Ajib Ismail (gambar, atas) berkata, Jakim merupakan sebuah agensi agama persekutuan di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang bertindak menyelaras pengurusan hal ehwal Islam dengan mandat daripada Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI).

Katanya, kenyataan Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Abu Hafiz Salleh Hudin melalui media sosial mengenai peranan Jakim dalam isu GISBH menimbulkan kekeliruan dan persepsi negatif dalam kalangan orang ramai mengenai peranan serta fungsi jabatan itu.

Tambahnya, PKPU perlu memberikan penjelasan dan mempertahankan fakta yang dinyatakan ekoran pandangan yang diberikan tidak tepat serta tidak mewakili peranan sebenar Jakim.

Beliau berkata demikian bagi membidas kenyataan bekas Ketua Pejuang Muda Malaysia, Abu Hafiz yang meminta pengurusan Jakim dirombak semula kerana didakwa lewat mengambil tindakan terhadap GISBH.

Mengulas lanjut, Mohd Ajib berkata, Jakim akan sentiasa bekerjasama rapat dengan agensi penguatkuasaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak berkuasa agama negeri bagi memastikan segala tindakan yang diambil berlandaskan undang-undang.

“PKPU ingin menekankan, dalam konteks isu berkaitan hal ehwal agama Islam, setiap tindakan perlu diambil dengan mematuhi prosedur tertentu, khususnya apabila membabitkan bidang kuasa negeri-negeri.

“Justeru, Jakim sentiasa mendapatkan nasihat perundangan dan bekerjasama dengan PDRM serta pihak berkuasa berkaitan bagi memastikan sebarang tindakan diambil adalah selari dengan peruntukan undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan yang dipetik akhbar dan portal berita Kosmo! semalam.



End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Guna air-air janggut, kaki, rambut dan gigi dalam masakan tidak benar, kata pemilik, pembimbing rangkaian restoran

Jokowi, anak beranak, ipar dan menantu cuba kontrol Indonesia — rakyat hilang sabar, mula membenci Jokowi, berdemo, membakar

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah