Isu pemandu e-hailing OKU kena pukul, mangsa dan LFL minta tindakan PMX

Kalau Anwar senyap dan tak buat apa-apa, maknanya ada sesuatu yang tidak kena

Pemandu e-hailing pekak, Ong Ing Keong dan Lawyers for Liberty (LFL) akan menyerahkan memorandum bantahan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, portal berita dari media arus perdana, Malaysiakini melaporkan.

Ia berkaitan serangan terhadap pemandu berusia 48 tahun itu oleh seorang anggota polis yang mengiringi Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada 28 Mei lalu.

Dalam satu kenyataan media semalam, LFL berkata memorandum tersebut akan diserahkan di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya pada jam 11 pagi.

“Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain sebelum ini mengesahkan pada 5 Jun bahawa kertas siasatan telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara, tetapi tiada pertuduhan jenayah dikenakan terhadap anggota polis yang terlibat walaupun terdapat bukti video jelas tentang serangan ke atas Ong.

“Salinan video dashcam akan diserahkan kepada perdana menteri,” katanya.

Turut hadir ialah wakil dari Pertubuhan Kebajikan dan Advokasi Pekak Malaysia, yang lantang menuntut keadilan untuk Ong, serta NGO dan aktivis.

Kronologi kejadian

Pada 14 Ogos, Ong (gambar di atas) tidak dapat menahan air mata apabila rakaman video kamera papan pemuka (dashcam) mengenai kejadian itu di luar sebuah hotel di Kuala Lumpur ditayangkan kepada media.

Dalam klip video selama satu setengah minit itu, mangsa kelihatan duduk di kerusi pemandu, sambil menunggu penumpangnya memasukkan barang ke dalam but kereta sebelum seorang lelaki berpakaian sut mengetuk cermin tingkap keretanya dan meminta dia beredar.

Ong memberi isyarat kepada lelaki itu dan cuba memberitahu bahawa dia sedang menunggu penumpangnya masuk ke kenderaan berkenaan.

Beberapa saat kemudian, seorang lagi lelaki berpakaian sut muncul di sebelah tingkap dan menumbuknya, menyebabkan mangsa terkejut.

Individu pertama kemudian memberitahu Ong "Jalan, jalan!" selepas ketiga-tiga penumpang masuk.

Pada sidang media, peguamnya, N Surendran, meluahkan rasa kecewa kerana tiada sebarang pertuduhan dikenakan terhadap pelaku.

“Saya tidak tahu mengapa, sedangkan bukti jelas. Tiada sesiapa yang dibawa ke muka pengadilan,” katanya.



End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Profesor Universiti Malaya didakwa hantar gambarnya sendiri berbogel kepada pelajar perempuan

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?