Jenayah bunuh orang menjadi-jadi timbulkan ketakutan awam! Suhakam pula berkeras bantah hukuman mati

Mayat penyanyi ditemui


Setakat ini, bukan kes bunuh

Siasatan kes kematian Muhammad Nidza Afham Mokhtar, 23, diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR).

Media memetik kenyataan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan yang dilaporkan berkata, bedah siasat telah dijalankan bermula kira-kira jam 11 pagi hingga 3 petang di Hospital Shah Alam hari ini, Khamis 15 Ogos 2024.

"Punca kematian 'pending laboratory investigation' dan tiada lain-lain kecederaan fizikal.

"Siasatan diteruskan sebagai SDR," katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Hussein Omar Khan mengesahkan mayat lelaki yang dijumpai di sungai sekitar jambatan Sungai Klang semalam adalah jasad Encik Muhammad Nidza Afham Mokhtar.

Mangsa berusia 23 tahun sebelum ini dilaporkan hilang sejak kelmarin.

Ketua Polis Selangor itu dilaporkan berkata: “Mayat itu dijumpai kira-kira jam 7 petang semalam (Rabu 14 Ogos) dan disahkan adalah individu yang dilapor hilang (Nidza Afham),” Malaysiakini memetik laporan Sinar Harian

Sebelum itu, adiknya yang juga penyanyi Aufahanie memohon bantuan orang ramai mendoakan abangnya ditemui dalam keadaan selamat.

Polis mengesahkan menerima laporan kehilangan penyanyi itu yang keluar rumah pada 7.45 petang kelmarin..

Polis menerima laporan berhubung kejadian itu daripada adik mangsa pada jam 4.22 pagi.

Adik arwah menyatakan abangnya ketika itu memakai baju berwarna biru hitam keluar dari rumah di Bandar Puteri, Klang menggunakan perkhidmatan e-hailing ke Stadium Sultan Sulaiman, Klang untuk berjoging.

Lokasi terakhir keberadaan Nidza Afham adalah di Jambatan Kota yang terletak berdekatan Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK).

Nidza Afham pernah menyertai rancangan realiti I Can See Your Voice 3, sebelum melancarkan album single berjudul Ternyata Bukan Aku.

End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Profesor Universiti Malaya didakwa hantar gambarnya sendiri berbogel kepada pelajar perempuan

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?