Jaguh perseorangan badminton Malaysia bawa pulang pingat gangsa

Agensi berita rasmi negara Bernama sebentar tadi melapirkan pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zi Jia berjaya bangkit daripada ketinggalan satu set untuk menghadiahkan pingat gangsa kedua bagi Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024, hari ini.

Pemain berusia 26 tahun itu, berjaya meraih pingat sulungnya di Olimpik selepas menundukkan Lakshya Sen dari India 13-21, 21-16, 21-11 selepas pertarungan selama 71 minit pada aksi penentuan gangsa di Porte de La Chapelle Arena.

Lakshya, pemain di kedudukan ke-22 dunia, menguasai perlawanan dari awal untuk mudah memenangi set pertama semasa Zii Jia yang masih mencari rentak.

Zii Jia yang ketinggalan 3-8 pada set kedua menunjukkan kebangkitan untuk mengutip sembilan mata berturut-turut bagi mendahului 12-8, seterusnya memenangi set berkenaan.

Pada set penentuan, Zii Jia yang menduduki ranking ketujuh dunia, tidak berdepan masalah besar untuk mengatasi Lakshya dengan terpaksa beraksi dengan balutan di tangan kanannya.

Kemenangan itu juga membantu Zii Jia merapatkan rekod pertemuan menentang Lakshya selepas hanya memenangi satu daripada lima pertemuan antara mereka sebelum ini, selain memadam hasrat pemain itu untuk muncul pemegang pingat lelaki pertama India dalam badminton.

Zii Jia terpaksa beraksi dalam penentuan gangsa selepas tumpas 14-21, 15-21 kepada juara dunia 2023 Kunlavut Vitidsarn dari Thailand pada separuh akhir semalam, manakala Lakshya kalah kepada juara bertahan Viktor Axelsen dari Denmark 22-20, 21-14.

Semasa penampilan sulungnya pada temasya Tokyo 2020, Zii Jia tewas kepada jaguh China, Chen Long pada peringkat 16 terakhir.

Zii Jia kini menjadi pemain perseorangan lelaki ketiga Malaysia untuk meraih pingat di Olimpk selepas pencapaian gangsa Datuk Rashid Sidek di Atlanta 1996, manakala Datuk Lee Chong Wei meraih tiga perak berturut-turut di edisi Beijing 2008, London 2012 dan Rio 2016.

Semalam, pingat pertama negara disumbangkan beregu lelaki Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang menewaskan gandingan Denmark Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen 16-21, 22-20, 21-19 pada perebutan pingat gangsa.

End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Kwai Fong Chin


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG   

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Singapura Tanam Padi

Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan