Akbar Nawab mendiam diri, tak suka susahkan orang bila ada masalah

Tan Sri Ahmad Nawab tetap mempertahankan legasi seni biarpun bapa dan dua adiknya kini sudah meninggal dunia.
Gambar NSTP oleh Saifullizan Tamadi

Akbar Nawab meninggal dunia semalam, Jumaat

Allahyarham Akbar Nawab, adik Ahmad Nawab

Akhbar Berita Harian memetik pencipta dan penggubah lagu ulung negara, Tan Sri Ahmad Nawab sebagai berkata adiknya, Akbar Khan, 86, lebih dikenali sebagai Akbar Nawab, seorang yang suka mendiamkan diri, apabila menghadapi sesuatu masalah, termasuk masalah kewangan.

"Arwah Akbar dulu bekerja dengan saya dalam syarikat rakaman, kemudian bila sudah berhenti, arwah hasilkan sendiri lagu-lagu dan banyak juga lagu arwah dalam piring hitam," katanya.

Berkongsi lanjut mengenai arwah, Ahmad Nawab berkata, adiknya seorang yang tidak banyak berkongsi masalah.

"Arwah tak beritahu orang kalau sakit. Arwah suka cakap okay sahaja. Sekiranya ada masalah duit atau sebagainya, arwah tak berkongsi dan tak suka minta tolong orang.

"Beliau sendiri selesaikan semua. Dengan saya pun arwah tak beritahu. Kalau tanya baru beliau beritahu. Sejak kecil, arwah memang begitu," katanya.

Allahyarham Akbar dilaporkan meninggal dunia dalam kereta ketika keluar ke kedai berhampiran kediamannya di Taman Sri Gombak, petang semalam.

Ahmad Nawab kekalkan legasi Khan darah Pakistan setelah Akbar meninggal dunia

Dalam pada itu, Ahmad Nawab atau nama sebenar, Ahmad Khan Nawab Khan berkata, dua adik semuanya bekerja dalam bidang muzik mengikuti arwah bapa yang berketurunan Pakistan. 

"Legasi Khan akan terus kekal," katanya.

Ahmad Nawab berkata, legasi mereka tetap akan kekal meskipun dua adiknya sudah meninggal dunia.

"Kami cuma tiga beradik dan sekarang tinggal saya seorang. Walaupun tinggal seorang, selepas bapa dan adik-beradik tiada, Khan kekal sampai bila-bila pun," katanya kepada akhbar bahasa Melayu popular itu pada majlis pengebumian Allahyarham Akbar di Tanah Perkuburan Islam Taman Seri Gombak, di Gombak, Selangor, pagi tadi.

"Bapa saya orang seni, jadi saya dan adik-beradik belajar muzik dengan arwah. Jadi, seni memang mengalir dalam darah, tapi Akbar bukan sahaja minat muzik, tapi berbakat dalam melukis. Di rumahnya banyak lukisan," katanya.

Ketika hayat, Allahyarham Akbar pernah menjadi Ketua Kombo RTM Kawasan Utara pada era 1970-an sebelum meletakkan jawatan dan menjadi komposer residen bersama syarikat rakaman, EMI dan Nawab Productions.

Pada 1992, Allahyarham Akbar berkhidmat semula dengan Orkestra RTM dan melaporkan diri bersama Mokhzani dan pemain dram, Gary Gideon di bawah Pengarah Muzik, Datuk Ahmad Dassilah.

Antara lagu Allahyarham Akbar yang dianggap malar segar dan dekat dalam hati peminat adalah Selamat Hari Raya dendangan Allahyarham Datuk Sharifah Aini dan patriotik, Wawasan 2020 nyanyian Roy.



End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Singapura Tanam Padi

Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan