Mungkin ditangkap berkhalwat jadi kebanggaan berprestij dua artis tak tahu malu ini

Lebih 10 Tahun Berkhidmat Di Agensi Agama, Belum Pernah Lihat Pasangan Didakwa Kes Khalwat Tersenyum Di Mahkamah


Berita siaran semalam portal hiburan Bahasa Melayu Oh Bulan pada 6 Julai lalu menarik perhatian ramai.

Menurut portal berkenaan, seorang pekerja di agensi agama mencuri perhatian apabila memberikan komen terhadap reaksi yang ditunjukan dua pelakon, Aliff Aziz dan Ruhainies sewaktu hadir ke prosiding pertuduhan melibatkan kes khalwat mereka di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 3 Julai lalu.

Menerusi ciapan di aplikasi X, individu yang menggunakan nama @iamAjak itu mengakui hairan melihat reaksi Ruhainies dan Aliff yang tersenyum ceria dan gembira sewaktu tiba di perkarangan mahkamah.

Menurutnya, belum pernah dirinya melihat mana-mana pasangan yang didakwa terlibat dengan pertuduhan kes itu tersenyum sepanjang 10 tahun dirinya berkhidmat di agensi agama.

Sepanjang berkhidmat di agensi agama lebih 10 tahun, belum pernah lagi saya melihat kes tangkapan khalwat melibatkan pasangan apabila didakwa di mahkamah dia dalam keadaan senyum dan seronok.

Seronok berjumpa dengan kawan-kawan media katanya sampai lupa ini kes tangkapan khalwat.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan ciapan individu tersebut sambil mempertikaikan tindakan kedua selebriti tersebut yang tersenyum ketika ditemu bual pengamal media.

Terdahulu, Ruhainies dan Aliff mencuri perhatian apabila mengaku tidak bersalah atas pertuduhan kes khalwat melibatkan mereka pada 9 Mac lalu.

Kedua-dua mereka membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim Syarie Abu Suffian Abu Yaziz.

Bukan itu sahaja, Ruhanies turut dikecam ramai kerana dianggap tidak sensitif apabila dia dilihat tersenyum lebar ketika hadir ke mahkamah.



End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Guna air-air janggut, kaki, rambut dan gigi dalam masakan tidak benar, kata pemilik, pembimbing rangkaian restoran

Jokowi, anak beranak, ipar dan menantu cuba kontrol Indonesia — rakyat hilang sabar, mula membenci Jokowi, berdemo, membakar

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah