Kes Bengang — Balu Taib Mahmud dihalau


KENANGAN MANIS BERSAMA SUAMI TERSAYANG💝




CINTA RAGHAD HINGGA KE ETHIOPIA

Media melaporkan balu kepada bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud membuat laporan polis selepas mendakwa dihalang daripada memasuki kediamannya di Kuching.

Akhbar Harian Metro memetik Berita Harian yang melaporkan Toh Puan Raghad Kurdi melalui satu hantaran di Instagram, memberitahu kejadian itu berlaku ketika beliau ke Kuching untuk melawat pusara Allahyarham serta menyampaikan sedekah jariah bagi pihak suaminya yang meninggal dunia pada 21 Februari lalu.

Bagaimanapun, katanya sebaik tiba di kediaman itu, pengawal bertugas memaklumkan mereka tidak mempunyai kuasa untuk membenarkan beliau masuk.

"Tetapi Alhamdulillah, pengawal yang baik hati membenarkan saya masuk. Allah akan sentiasa melindungi dan membela mereka yang dizalimi," FMT pula memetik kata-kata Raghad.

Melalui hantaran sama, Raghad turut berkongsi beberapa keping foto beliau berada di pintu pagar kediamannya bersama pengawal keselamatan dan ketika melawat pusara Taib.

Susulan kejadian itu, Raghad berkata beliau membuat laporan polis termasuk permohonan yang perlu di mahkamah.

"Saya lakukan semua ini dengan berat hati, saya tidak perlu membuktikan apa-apa kepada sesiapa.

"Beliau (Taib) suami saya, tapi saya perlu merekodkan perbuatan memalukan yang dilakukan terhadap saya dan menuntut keadilan.

"Saya tahu saya tidak pernah berkongsi cerita saya sebelum ini, tetapi sudah tiba masanya untuk berbuat demikian," katanya.

Taib meninggal dunia pada 21 Februari lalu di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur pada usia 87 tahun.

Beliau diterbangkan ke Kuala Lumpur pada 10 Februari untuk mendapatkan rawatan lanjut, selepas keluar dari unit rawatan rapi (ICU) Pusat Perubatan Pakar Normah di Petra Jaya.

End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Kwai Fong Chin


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG   

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Guna air-air janggut, kaki, rambut dan gigi dalam masakan tidak benar, kata pemilik, pembimbing rangkaian restoran

Jokowi, anak beranak, ipar dan menantu cuba kontrol Indonesia — rakyat hilang sabar, mula membenci Jokowi, berdemo, membakar

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah