Rafizi takut berdebat dengan Isham Jalil, ya ke?

Rafizi dan Isham dua kali lima, hanya pandai bercakap

"Aku dah jadi menteri, buat apa buang masa berdebat dengan Isham," mungkin itulah yang berada dalam fikiran Rafizi.

Bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang tersingkir dari parti itu,, Encik Isham Jalil menunjukkan bukti pernah menolak untuk hadir ke siaran ‘podcast’ Yang Bakar Menteri (YBM) oleh Menteri Ekonomi, Encik Rafizi Ramli kerana tetap dengan pendirian mahu berdebat dalam gelanggang neutral, akhbar Bahasa Melayu berpengaruh Sinar Harian melaporkan, merujuk kepada satu hantaran di media sosial hari ini.

Isham berkata, pihaknya sudah berkali-kali mengajak Rafizi untuk berdebat secara langsung dengan membentangkan hujah dan jalan penyelesaian tentang isu ekonomi negara di hadapan rakyat.

Menurutnya, banyak pihak memaklumkan bersedia untuk menjadi hos bagi program debat terbuka itu.

"Rafizi, kan saya sudah cakap mahu debat bukan datang ‘podcast’ kamu dengar celoteh berjam-jam, itu buang masa. Kamu tak faham bahasa kah? Buat apa saya nak popularkan ‘podcast’ kamu? Itu lagi buang masa.

"Saya sudah ajak dan kamu takut untuk berdebat dengan saya, yang kamu berani adalah ajak orang masuk kampung macam samseng Kampung Dusun dan bergaduh di gelanggang sendiri.

"Tetapi, apabila diajak debat di tempat neutral kamu takut," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat.

Sebelum ini, Rafizi pernah menjemput beberapa ahli politik dan pempengaruh sejak Februari lalu ke sesi ‘podcast’ malah ia disambut baik kecuali Isham sahaja.

Ahli Parlimen Pandan itu menjelaskan perkara berkenaan sebagai respons kepada bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim yang memintanya tidak memberikan alasan untuk mengelak daripada bertemu Isham, pempengaruh media sosial, Lim Sian See dan ahli MKT UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.

Justeru, Isham memaklumkan, pihaknya sekali lagi menjemput Rafizi untuk berdebat di samping moderator yang neutral dan menjawab segala soalan daripada rakyat.

"Kamu bentangkan formula kamu dan saya bentangkan solusi saya, jika berani jawab segera.

"Sudah keluar hospital lama, harap jantung dan kesihatan kamu sudah baik serta jangan beri banyak alasan lagi," ujarnya.



End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Guna air-air janggut, kaki, rambut dan gigi dalam masakan tidak benar, kata pemilik, pembimbing rangkaian restoran

Jokowi, anak beranak, ipar dan menantu cuba kontrol Indonesia — rakyat hilang sabar, mula membenci Jokowi, berdemo, membakar

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah