Kereta mewah simbol percaturan politik Rusia–Korea Utara

A U R U S
Rakaman video oleh televisyen Rusia menunjukkan Putin memandu kereta itu, model kereta rasmi presiden di Rusia, dengan Kim tersenyum di tempat duduk penumpang. GAMBAR REUTERS

BERJAYAKAH PUTIN DAN RAKAN-RAKAN MEMBANTU MENUMPASKAN AMERIKA SYARIKAT YANG DILIHAT SEBAGAI KUDA TUNGGANGAN ISRAEL?

Media tempatan di Malaysia memetik syarikat pembekal berita antarabangsa Agensi yang melaporkan presiden Rusia, Encik Vladimir Putin, menyampaikan hadiah kereta jenis limosin Aurus, kepada pemimpin Korea Utara, Encik Kim Jong Un, dalam lawatannya ke Pyongyang kelmarin, Rabu 19 Jun 2024.

Seperti dipetik Astro Awani, rakaman video oleh televisyen Rusia menunjukkan Putin memandu kereta itu, model kereta rasmi presiden di Rusia, dengan Kim tersenyum di tempat duduk penumpang. Mereka kemudian bertukar tempat duduk dan Kim mengambil giliran memandu.

Peristiwa itu menunjukkan hubungan kerja yang rapat dan keselesaan kedua-dua pemimpin tersebut. Ini juga merupakan kunjungan pertama Putin ke Pyongyang dalam tempoh 24 tahun.

Kedua-dua pemimpin itu sebelum ini menandatangani perjanjian termasuk ikrar pertahanan bersama, yang merupakan langkah penting Rusia di Asia Pasifik sejak beberapa tahun lalu dan dianggap Kim sebagai satu "perikatan". 

Seorang pembantu Putin berkata, pemimpin Rusia itu telah menghadiahkan Aurus tersebut kepada Kim. Ini merupakan limosin buatan Rusia kedua yang dimiliki oleh Kim. 

Media Korea Utara melaporkan pada Mac bahawa Kim telah menerima hadiah Aurus daripada Putin buat pertama kali pada Februari. 

Bagaimanapun, seteru tradisi, Korea Selatan, yang dilihat pro-Amerika, menyatakan bahawa pemberian Aurus itu adalah pelanggaran terhadap sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dikenakan berhubung program senjata nuklear Korea Utara. 

Kim dipercayai mempunyai koleksi besar kereta mewah termasuk model Maybach, Mercedes-Benz, dan Rolls Royce yang dipercayai diseludup masuk ke negara itu, sekali gus melanggar sekatan PBB.

End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Kwai Fong Chin


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG   

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Guna air-air janggut, kaki, rambut dan gigi dalam masakan tidak benar, kata pemilik, pembimbing rangkaian restoran

Jokowi, anak beranak, ipar dan menantu cuba kontrol Indonesia — rakyat hilang sabar, mula membenci Jokowi, berdemo, membakar

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah